.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, February 19, 2011

Q & A: Soalan dari UM

Pertanyaan:

Assalamualaikum Dr.,
Saya ingin bertanya:

Saya ingin menjalankan satu kajian utk membentuk satu model. Saya akan menggunakan  instrument yang telah diguna dan diterjemahkan. Persoalannya adakah perlu saya mencari keesahan / membuat faktor analisis semasa menjalankan kajian rintis ini atau cukup setakat dgn alpha cronbach sahaja. 
Harap Dr. dapat memberikan sedikit pandangan yang dapat membantu saya dalam penyelidikan ini. Jutaan terima kasih atas pertolongan Dr.

Puan M
UM
20/2/2011


Respon:

Salam

Oleh kerana saya tidak mengetahui dengan mendalam kajian sdri, saya jawap secara umum saja.

Jika sdri ingin membina model baru, sdri perlu ada teori dan membina konstruk. Kemudian sdri bina item yang mewakili setiap konstruk. Kemudian sdri perlu jalankan prosidur analisis faktor dalam kajian rintis bagi mengenalpasti konstruk (faktor). Sdri kena faham istilah dalam faktor analisis seperti eigenvalues, rotate, simple structure, orthogonal, loadings, and communality. Factor analysis bertujuan mengenalpasti faktor yang mewakili groups of variables.  Selepas itu, barulah sdri bina instrument dan uji pula kesahan dan kebolehpercayaannya. 

Jika sdri hanya menguji qnaire terjemahan yang telah sedia ada, sdri hanya perlu memastikan kesahan dahulu melalui semakan at least  seorang pakar penterjemah dan 2 pakar kesahan dalaman. Kemudian jalankan kajian rintis bagi menetukan cronbach alfa, iaitu internal consistency. Ingat, faktor analisis tidak diperlukan terlebih dahulu bagi mendapatkan cronbach alfa sesuatu instrument. Ini kerana faktor analisis dijalankan diperingkat pembinaan instrument manakala cronbach alfa untuk menguji internal consistency instrument yang telah dibina.


Apapun, sila dapatkan persetujuan bersama dengan penyelia sdri. Terima kasih kerana bertanya


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...