.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, February 4, 2011

Tajuk 63: Penentuan analisis statistik (Bhg 4)

Hari ini sabtu. Masih dalam mood cuti tahun baru China.. tahun arnab. Saya terfikir bagaimana pelajar yang tiada asas statistik atau dah lama tinggalkan dunia statistik, tiba2 sambung belajar dan kemudia diminta untuk membuat proposal. Saya ingin sambung tajuk "Penentuan analisis statistik" dengan pendekatan yang berbeza sedikit dengan 3 tajuk sebelum ini.


Saya sedar, anda akan menyediakan objektif dan persoalan kajian mengikut "suka hati" sahaja tanpa ada pertimbangan sama ada pesoalan kajian tersebut bersifat "measurable" - boleh diukur kemudiannya dengan instrument dan dianalisis dengan statistik.


Sebagai permulaaan anda perlu bertanya diri anda sendiri jawapan kepada sekurang-kurangnya enam soalan berikut kerana jawapan kepada persoalan ini akan membantu anda memastikan pemilihan analisis statistik yang betul.
  1. Apakah objektif umum kajian anda?
  2. Apakah persoalan bagi menjawab objektif kajian?
  3. Apakah strategi bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut?
  4. Apakah instrumen yang anda gunakan?
  5. Apakah variabel dan skala yang terlibat?
  6. Apakah analisis statistik yang sesuai?

Enam soalan? Mana mungkin pelajar yang baru nak sediakan proposal, baru first semester, gap kajian pun masih terawang2 nak jawab enam soalan di atas? Susah wooo...

Itu sebelum anda membaca blog ini. Now anda terpaksalah jawab soalan tersebut! Jgn gusar.... saya akan berikan contoh bagi anda fahami. Katakan anda baru bercadang untuk membuat kajian lebih kurang seperti berikut:

1. Objektif :
Apakah objektif kajian anda?
Anda ingin mengetahui tahap kesedaran keluar mengundi pelajar UKM yang berbeza jantina.

2. Persoalan kajian:
Anda berminat nak tahu adakah terdapat perbezaan keluar mengundi pelajar berdasarkan gender. Persoalan kajian: Adakah bilangan pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam keluar mengundi di UKM?

3. Strategi:
Apakah strategi anda?
Kajian ini adalah kajian perbandingan antara bilangan keluar mengundi pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Jika perbandingan frekuensi keluar mengundi antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza secara signifikan, maka terjawablah persoalan kajian. 

4. Instrument:
Maka anda memerlukan instrument kajian iaitu soal selidik.

5. Variabel:
Anda menggunakan jantina sebagai variable anda serta hubungan dengan variable kekerapan keluar mengundi.

6. Statistik:
Data melibatkan skala nominal iaitu JANTINA (1: Lelaki; 2: Perempuan) dan KELUAR MENGUNDI (1: Ya; 2: Tidak). Oleh kerana data anda melibatkan perbandingan frekuensi (bagi varible berskala nominal), maka analisis statistik yang sesuai adalah Chi-kuasa dua sampel tak bersandar.


Inilah antara sebabnya saya berpendapat....pelajar patut mengambil kursus statistik dahulu sebelum mengambil kursus research methods, atau sekurang2 mengambil kedua2 kursus tesebut serentak. Jika tidak, kesian anda teraba2 dalam cahaya..... Apa yang berlaku, mereka hanya mengambil research methods then the next semester barulah statistik. Akhirnya siapa yang susah..... saya jugak ler he he!


Apapun artikel ini akan bersambung.....




Statistik bukan macam Gokart... sekali naik terus pecut !
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...