.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, February 6, 2011

Tajuk 70: Kenapa tak guna BOOLEAN LOGIC untuk cari bahan dlm internet?

Lega..... diam tak diam dah masuk tajuk ke 70... harap2 saya dapat menulis sehingga 300 tajuk. Terima kasih kepada yang bertanya. Kali ini saya nak menulis bagaimana anda boleh mantapkan lagi pencarian internet anda. Tidak cukup dengan menaip keyword sahaja, nanti anda akan dapat berjuta2 pautan tapi ibarat sampah yang bertimbun.

Saya nak perkenalkan fungsi Boolean.... hanya 3 perkataan sahaja membolehkan anda menapis carian anda iaitu OR, AND, NOT.

Jika anda mencari maklumat tentang self-esteem dalam kalangan guru, jangan hanya taip kedua-dua istilah ini, kelak anda akan mendapat jutaan pautan. Ini kerana pautan yang diakses adalah semua pautan yang ada perkataan self-esteem, self-esteem  + teacher, teacher. Jadi gunakan 3 fungsi Boolean ini:

Fungsi AND:
Jika anda menaip: self-esteem AND teacher - hanya pautan yang ada kedua2 perkataan ini sahaja akan diakses.

Fungsi OR:
Jika anda menaip: self-esteem OR teacher - semua pautan yang ada samada salah satu atau kedua-dua perkataan tersebut dapat diakses.

Fungsi NOT:
Jika anda menaip: self-esteem NOT teacher - hanya pautan yang ada perkataan self-esteem sahaja dapat diakses. Sebarang pautan ada perkataan teacher tidak akan muncul.

Moral of the story....jangan hanya menaip key word, gunakan AND, OR atau NOT (semua kena huruf besar tau) untuk menapis lagi carian anda.
Birthday Uzma..... Luv U sayang.....

Birthday girl.... kek kecik tak per asal mahal... hehe

Hampir setiap bulan kena fikirkan hadiah birthday untuk anak-anak....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...