.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 3, 2011

Tajuk 59: Penentuan analisis statistik (Bhg 1)

Florence, Italy April 2010... 
kerja menulis tak pernah selesai...
Apabila anda memilih analisis statistik, anda sangat perlu mengetahui skala IV dan DV khususnya bagi kajian eksperimental, bagi menentukan analisis statistic anda. Lazimnya skala IV adalah dalam bentuk kategori (nominal atau ordinal) dan anda perlu perhatikan bilangan sample.

Tapi bagi DV, anda kena sensitive dengan skala...jika anda buat derk jer.... anda akan pening sendirian....

Bagi membantu anda.. sila tenung baik2 contoh2 berikut dengan hati da minda yang terbuka.... jika tidak tak dapek den nak tolong! 

Contoh 1:
Anda ingin membezakan antara lelaki dengan perempuan terhadap persetujuan menggunakan ICT dalam pendidikan sejarah. 

IV
Skala
DV
Skala
Gender
Nominal
Persetujuan (Ya atau Tidak)
Nominal


Dalam kajian ini, analisis staitistik adalah chi square kerana skala DV anda adalah nominal (dalam bentuk kekerapan). Perhatikan DV yang jadi fokus penentuan.

Contoh 2:

Anda ingin membezakan antara lelaki dengan perempuan terhadap persetujuan menggunakan ICT dalam pendidikan sejarah. 

IV
Skala
DV
Skala
Gender
2 kumpulan berbeza
Nominal
Persetujuan (skala Likert 5 poin)
Ordinal convert ke interval


Dalam kajian ini, analisis staitistik adalah independent sample t-test kerana skala DV anda adalah interval (dalam bentuk skor). Sekali lagi skala DV yang jadi penentuan statistik.

Contoh 3:

Anda ingin membezakan antara lelaki dengan perempuan terhadap pencapaian dalam skor sejarah..
IV
Skala
DV
Skala
Gender
2 kumpulan berbeza
Nominal
Skor sejarah
Interval


Dalam kajian ini, analisis staitistik adalah independent sample t-test kerana anda membandingkan 2 kumpulan dengan DV anda berskala interval (dalam bentuk skor). DV jadi penentuan.

Bersambung bahagian ke 2......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...