.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, February 27, 2011

Tajuk 100 - JIKA SAYA MENJADI ANDA (BHG 2) = PENGALAMAN SAYA

Wow.... inilah tajuk yang ke 100! (Anda kena baca juga tajuk 99 !)
Dengan rasa rendah diri, saya abadi  sedikit catatan sepanjang saya membuat tesis di Adelaide University....Australia.... antara  university top 5 di sana. Saya ke sana hanya berbekalkan pengetahuan saya sebagai Guru Kimia sahaja dengan ijazah sarjana dalam kajian Peta Konsep. Jadi saya bertekad untuk mengembangkan pengetahuan saya dibidang animasi yang ketika itu masih baru dalam pendidikan di Msia. Mujurlah saya ada pengalaman membuat kajian eksperimental peringkat sarjana dan menggunakan SPSS untuk t-test dan ANCOVA.
Syukur..... berjaya utk menabur ilmu
Berikut adalah catatan pengalaman saya:


Sebelum ke Adelaide:
  • Saya berminat dibidang animasi, pendidikan kimia. Malangnya saya tiada asas animasi apatah lagi scripting yang penting dalam animasi. Jadi saya ikuti kursus animasi flash selama 3 hari bagi memahami kelebihan animasi dalam pengajaran kimia.
  • Saya berminat nak kaji kesan animasi, tapi saya perlu bina animasi dahulu. Sayapun bercadang untuk upah sahaja, sebab tak mungkin saya dapat hasilkan animasi untuk research saya.
  • Setelah mengambil IELTS dan layak ke Australia, saya mula membaca tentang animasi dan pemahaman konsep dalam Kimia. Wpun tak byk bahan kerana tiada kemudahan journal on-line ketika itu, tetapi ada 5, 6 artikel yang sangat relevan. Saya dapati teori konstruktivist Piaget dan Vygotsky serta model Posner et al. (1982) paling relevan dengan kajian saya.
  • Kemudian saya tulis proposal ringkas, dan emailkan kepada beberapa prof. pendidikan sains melalui email yang saya ambil dari universiti masing2 untuk dapatkan pandangan. Salah seorang yang respon adalah Prof Subahan (UKM), yang bersetuju dengan tajuk kajian saya. Sehingga kini, saya menganggap beliau sebagai Sifu saya. Saya juga dapat respon dari Prof Frazer (Canada) tetapi harapan untuk dapat respon dari Prof Treagust (Australia) tak kesampaian. Treagust adalah pakar tersohor dalam pendidikan Kimia (namun Allah makbulkan doa saya, bila Prof Treagust akhirnya  dilantik oleh University of Adelaide sebagai pemeriksa tesis saya bersama seorang Prof. dari New Zealand - lulus dengan minor correction !!)
Memulakan pengajian di Adelaide:
  • Sampai di Adelaide pada bulan Mac, saya telah ada fokus kajian. Dalam masa 2 bulan setengah sahaja saya iaitu bulan June saya telah berjaya membentangkan proposal kepada jawatankuasa supervisori tesis dan depan pelajar siswazah dan lulus untuk penyelidikan saya. Satu permulaan yang baik. Salah satu komen yang saya dapat dari supervisor saya adalah - Good presentation Mr Talib... but your English is too Malay !! He he......
  • Selepas itu saya tidak menoleh kebelakang (kecuali bila bawa kereta la..) dan dengan pengetahuan menulis cara pantas dan efisyen melalui aplikasi Document Map (ketika itu MS Word versi 2003) saya mula menulis Chapter 1, 2 dan 3 secara serentak (yang ikut bengkel penulisan saya tahulah bagaimana saya melakukannya)
  • Saya tiba2 hadapi masalah kerana animator yang dulunya ingin membantu saya telah menarik diri, maka saya tiada pilihan lain kecuali mula belajar sendiri membina animasi. Oleh kerana minat yang mendalam,  dan akhirnya berjaya membangunkan animasi saya sendiri dalam tempoh 30 hari...termasuk menggunakan scripting yang asas. Masa itu saya berjaga dari suboh sampai ke midnite... phew.....Animasi saya telah diperakui tepat dari aspek konsep Kimia oleh Jabatan Kimia, University of Adelaide utk meneruskan kajian saya. 
  • Kemudian selepas kira-kira 7 bulan berada di Australia, iaitu bulan Oktober pada tahun yang sama, saya jalankan pilot testing sebanyak 2 kali di Adelaide dengan bantuan supervisor saya bagi menguji animasi dan questionnaire saya. Saya juga jalankan clinical interview untuk data kualitatif saya. Saya gunakan analisis kuantitatif t-test, ANOVA dan ANCOVA. 
  • Sebulan selepas itu, dalam bulan Disember, saya balik Msia untuk mengutip data selama 3 minggu di UIA. Saya jalankan pilot kali ke 3 di Msia bagi menguji instumen saya dalam konteks malaysia. Ini bermakna saya jalankan 3 kali pilot! 
  • Selepas mendapatkan data kuantitatif dan kualitatif, saya balik semula ke Adelaide untuk menganalisis data. Saya analisis data kualitatif saya secara manual (masa tu NVIVO atau sebarang software kualitatif tak popular lagi). 
  • Setelah mendapat data, saya agak lega dan mula bekerja secara sambilan sebagai "cleaner" di Adelaide untuk mendapat pengalaman dan menambah sedikit pendapatan. Maklumlah dollar Australia lebih mahal....
  • Saya telah menyiapkan draf tesis serta membentang satu paper preliminary data saya di satu seminar antarabangsa di Flinders University, Australia. 
  • Menjelang bulan November tahun berikutnya, selepas lebih kurang 1 tahun 10 bulan berada di Adelaide sebagai pelajar, saya berjaya menyiap dan menyerahkan deraf lengkap tesis Doktor of Education saya kepada Jawatankuasa supervisory University of Adelaide dan lulus tanpa sebarang masalah.
  • Sebagai pelajar sepenuh masa, saya tidak boleh meninggalkan kampus selagi tidak melengkapkan kerja kursus dan mendapat kelulusan draft tesis saya. Jadi dengan kelulusan jawatankuasa supervisory tersebut, saya dibenarkan balik ke Malaysia, kerana hanya tinggal kerja2 proofread sahaja. Ini dianggap penting selepas menyiapkan draft tesis, kerana University of Adelaide mensyaratkan penulisan bertaraf "King English" atau "A+ English".... Jadi SV saya sarankan proofread diserahkan kepada mat salleh di Malaysia bagi memastikan kualiti BI dalam draft tersebut.  
  • Dengan kelulusan draf lengkap tersebut yang bakal melalui proses proofread, saya terus balik ke Malaysia untuk membuat proofreading, wpun masih berbaki cuti belajar saya lagi 1 tahun 2 bulan kerana saya mendapat cuti belajar 3 tahun. 
  • Kerja2 proofread terutama membetulkan BI saya yang "Kemelayuan" untuk mencapat international standard tentulah satu cabaran....
  • Saya balik dgn membawa draf lengkap tersebut, dan memulakan proses proof reading di Malaysia. SV saya sarankan mat salleh yang membuat proof reading. Ini satu lagi cabaran.... saya telah menemui seorang pensyarah mat salleh Uitm (converted muslim). Setelah menyerahkan draf tersebut... beliau menyerahkan semula  ....kerana kesukaran memahami aspek technical terms berkaitan Electrochemistry, animation dan statistik dalam draft tersebut. Saya kemudiannya berjumpa sorang guru mat salleh di Australian International School.. setelah menyerahkan hardcopy utk proofread... menunggu.... dan menunggu akhirnya hal yang sama berlaku. Jadi masa berjalan begitu sahaja masa saya beberapa bulan...
  • Setelah masa berjalan (banyak bulan juga masa terbuang mencari proofreader) .... saya akhirnya mendapat maklumat dari UKM yang menyarankan seorang berpengalaman, editor freelance dgn DBP yang tinggal di Bangi.  Beliau adalah mantan pensyarah TESL di UKM. Syukur... beliau yang selalu sibuk dengan kerja2 editing.... kebetulan baru selesai menyiapkan satu projek... jadi beliau ada kelapangan. Dgn bantuan beliau, barulah kerja2 proofread berjalan dengan lancar walaupun mengambil masa lagi....
  • Situasi inilah saya dan mungkin ramai antara kita tak menduga... maka menyiapkan penulisan secepat mungkin adalah satu kelebihan yang membolehkan kita absorbed kesukaran2 yang tidak diduga sehingga mengheret masa berbulan2....malah bertahun2...
  • Setelah selesai proof reading, barulah saya poskan hardcopy draft tesis dari TOC ke Bibliography setebal 333 pages surat, dengan 35 Figures dan 44 Tables.....(keseluruhannya 345 pages) ke Adelaide untuk penilaian external evaluator iaitu seorang Prof Emeritius dari New Zealand dan seorang Prof dari Curtin Australia dan seperti biasa.... kenalah tunggu beberapa bulan lagi.... 
  • Akhirnya saat indah tiba.... apabila saya mendapat surat berjaya lulus dengan minor correction dari University of Adelaide, sebuah universiti ternama di Australia. Syukur komen yang saya perolehi hanya memerlukan saya membuat pembetulan dalam beberapa hari sahaja.  
  • Saya tak dapat menghadiri konvo yang lebih awal di adakan di Adelaide (belanja mahal nak terbang lagi ke Adelaide) tapi dapat menghadiri konvo yang dijalankan untuk pelajar dari Msia dan Singapore yang diadakan khas di Hotel Nikko, Kuala Lumpur pada April 2007. 
Bersama Prof Dr. David Treagust (dari Curtin), sifu tersohor Science Education yang menjadi external examiner thesis saya thn 2006. Ni pic 2011, selepas 5 tahun....
  • Animasi tesis saya juga telah memenangi GOLD MEDAL dalam pertandingan research dan innovasi peringkat UPM pada 2005.
  • Saya panjat syukur ke hadrat Allah yang mempermudahkan semua urusan sepanjang saya menjadi postgraduate student di Adelaide University, Australia.
  • Saya kini saya telah menang 4 medals untuk animasi - 1 GOLD (UPM), 1 GOLD (UPSI), 1 GOLD (MTE) dan 1 Silver (ITEX) dgn 3 copyright !
Ku abadikan kenangan 25 tahun dahulu...
Semasa tamat 1st degree Konvokesyen UKM 1986

Berikut adalah ENAM  artikel hasil dari thesis tersebut.....
  • Othman Talib, Matthews, R., & Secombe, M. (2005). Constructivist Animation - A Promising Alternative Tool in Bridging Theory - Practice Gap in Science Education. Paper presented at the International Conference on Science and Mathematics Education 2005, RECSAM, Penang Malaysia, 6-8 December.

  • Othman Talib, Matthews, R., & Secombe, M. (2005). Computer-Animated Instruction and Students’ conceptual change – Preliminary Qualitative Analysis. International Educational Journal, 5(5), pp. 29-42.

  • Othman Talib, Matthews, R. & Secombe, M (2005). Prototype Model of Computer-Animated Instruction in electrochemistry – Preliminary Quantitative Analysis. In H.S Dhinsa, I.J. Kyeleve, O. Chukwu & J.S.H.Q. Perera (Eds). The International Conference on Future Directions in Science, Mathematics and Technical Education (pp.101-110). Gadong: University Brunei Darussalam.

  • Othman Talib, Shah Christirani Azhar & Nabila Abdullah (2006). Using systematic animation to teach dynamic science concepts.  Learning by Effective Utilization of Technologies Facilitating Intercultural Understanding (pp.543-550). Oxford: IOS Press.

  • Othman Talib, Matthews, R. & Secombe, M (2006). Innovative constructivist-animated instruction in teaching complex, abstract and dynamic concepts. Jurnal Pendidikan, vol. 26, University Malaya.

  • Othman Talib & Shah Christirani Azhar (2007). Constructivist animation and matriculation students’ conceptual change. Proceeding of the Seminar Pendidikan Pra Universiti / Matrikulasi. PJ , 4-5 August 2007, 72-79.

Mudah2an pandangan dan pengalaman saya dapat di manfaatkan yang mana sesuai dengan anda....



Othman Talib

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...