.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, March 2, 2011

Tajuk 102: Ringkasan Teknik Persamplean

Secara umum, teknik persampelan ada dua, rawak dan bukan rawak. Berikut penerangan ringkas bagi memudahkan anda memahaminya:

 Persampelan rawak

Persampelan rawak atau persampelan kebarangkalian adalah teknik pemilihan sampel dari populasi yang mana setiap individu dalam populasi mempunyai peluang kebarangkalian yang sama untuk terpilih atau dijadikan sampel kajian.

a. Teknik Rawak Mudah

Teknik rawak mudah ini dilakukan dengan memilih secara rawak seperti cabutan undi atau menggunakan nombor rawak janaan komputer.

b. Teknik Rawak Sistematik

Guna formula sistematik dengan memilih setiap individu dalam selang ke-n sehingga bilangan sampel yang dikehendaki tercapai.

c. Teknik Rawak Berstrata (Stratified sampling)

Teknik rawak berstrata ini digunakan jika terdapat pembahagian sub-populasi yang tidak seimbang seperti jumlah lelaki dan perempuan.

Terima kasih kpd salah seorang pembaca blog, Sdri Hasanah yang ajar saya utk copy n paste dari
dokumen Word saya ke dalam blog ini.

d. Teknik Rawak Kelompok (cluster sampling)
Teknik pemilihan sampel teknik rawak kluster berbeza kerana individu sampel tidak terlibat secara lansung. Ini kerana penyelidik menggunakan  pembahagian  kawasan atau institusi di mana sampel berada terlebih dahulu.

Persampelan bukan rawak


Persampelan bukan rawak adalah teknik pemilihan sampel dari populasi yang mana setiap individu dalam populasi tidak mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama dalam proses pemilihan sebagai sampel. 

a. Teknik persampelan convenience  

Teknik bersesuaian ini berdasarkan keselesaan penyelidik memilih individu yang sesuai dan mudah diperolehi, sukarela dan boleh memberi kerjasama. Sampel yang sesuai dan mudah adalah sampel yang mungkin telah tersedia ada bersama penyelidik.

b. Teknik purposif

Pemilihan sampel teknik bertujuan  adalah permilihan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh penyelidik bagi mendapatkan sampel kajian yang sesuai. Penyelidik ini telah ada tujuan dan sasaran sampel mereka. 

Oleh itu, persampelan convenience  boleh juga menjadi persampelan purposif jika kriteria sampel yang telah ditetapkan oleh penyelidik adalah juga sampel sedia ada bersama penyelidik.

c. Teknik bola salji (snowball)

Teknik bola salji dilakukan bagi kajian yang memerlukan responden mengenalpasti responden lain yang sesuai.

d. Teknik kuota

Teknik kuota ini mempunyai persamaan dengan teknik persampelan rawak kluster dan berstrata. Ketiga-tiga teknik ini melibatkan pembahagian populasi kepada sub populasi mengikut kategori atau kelas tertentu. Bagi teknik kuota, pengkelasan dilakukan semasa responden dikaji dan proses ini berterusan hingga mencapai bilangan sampel mengikut kuota yang dikehendaki.


Anda perlu dalami lagi pembacaan anda. Satu persoalan saya - masa bila anda nak guna sampel rawak dan masa bila pulak sample bukan rawak? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...