.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1444 : Bolehkah cari SV yang baik ?


Sering terdengar nasihat spt tajuk status ini. Aku terfikir, kenapa ia satu nasihat, sedang semua PG memang mengharapkan SV yang baik. Ia satu yang understood. Boleh ke PG tahu.. atau pilih... mana SV yang baik dan sebaliknya sedang pemilihan juga bergantung kepada bidang kajian dan kepakaran ?


Jom kita berfikir begini...


1. Semua SV adalah baik atau sekurang2nya mereka ada pengalaman

2. Cara SV berbeza-beza, termasuk berbeza juga antara supervisee-supervisee mereka sendiri

3. Oleh kerana hal tersebut, sayugia kitalah yang menjadi asbab SV memberikan perhatian dan panduan yang kita perlukan


Bagaimana ?


4. Betulkan mindset supaya kita lebih bersedia menghadapi SV, tak kira siapa mereka

5. Kurangkan kebergantungan kepada SV, yang membawa makna, jika SV jenis laissez-faire, anda tidak akan kecewa. Tetapi jika SV jenis memastikan anda melakukan dgn betul, ia suatu bonus.

6. Perkara #5 membawa maksud anda sendiri mencari networking, ada study circle (bukan lonely strangers), tahu mendapatkan informasi dan active menyertai apa sahaja seminar, ikuti kursus berkaitan bidang kajian... ini adalah self-education. Jgn kata tak tahu... sedang dunia sekarang dunia SN dgn FB, WA, insta, telegram dan macam2 lagi.

7. SV adalah manusia, yang akan engaged dgn anda jika anda menunjukkan kemajuan yang baik spt published articles seawal 1st Semester misalnya.

8. Jika anda memang sentiasa progressed, sedang SV mungkin ada yang lepas tangan kerana sibuk dll perkara, atau memang lepaskan anda untuk anda berdikari sepenuhnya, tak pantau anda, tak kompeten... asyik2 nk tukar tajuk ... atau suruh anda buat sesuatu yg bukan tugas anda ... boleh sahaja mohon pertukaran SV - ia satu proses yang sepatutnya dianggap normal, asal anda ada alasan yang baik - then u will see what will happened.

9. Jgn le simpan masalah yang sedikit, lama2 akan menghempap anda. Jgn dah sem 6 baru nak minta nasihat.. tetapi perlu ikut saluran yang betul dan lakukan tindakan awal jika ada masalah dgn SV, atas sebab2 yang pelbagai.

10. Merujuklah kepada kawan2 PG yang begitu ramai, yang senior yang boleh memberi nasihat. Mungkin saja, kesilapan datang dari anda tanpa anda sedari, sedang SV memang sedia untuk membantu.

11. Pengajian anda lebih banyak bergantung kepada anda sendiri. Carilah jalan menyediakan diri, dgn banyak bertanya dan mencari...


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...