.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Thursday, September 5, 2019
Tajuk 1437 : Rahsia Proposal Tebal...
Ada satu kumpulan PG yang sedang menyediakan proposal tebal dan mendalam. Mereka pening lalat bila mengetahui rakan PG diobersi hanya sediakan proposal beberapa helaian sahaja.... sdg mereka tak keruan dah abiskan masa byk semester.
Aku pun tanya... kenapa nak sediakan tebal-tebal ? Mereka menjawab yg mereka perlu sediakan proposal lengkap sehingga mencapai tahap 'BOLEH COLLECT DATA'.
Ooooo.... baru aku tahu, itu antara fahaman yang dianuti disini tentang proposal. Tak sangka lah pulak proposal boleh sampai collect data....
Respon aku:
1. Kalau begitulah tujuan proposal, baik terus ambil data dan siapkan tesis, apa perlunya PD?
2. Kalau nak juga ada PD, pastu ubah sana, ubah sini, tukar sana, tukar sini, apa perlunya proposal yang tebal-tebal?
3. Kalau nak tebal supaya PG faham apa yang dibuat baru nak adakan PD, lebih baik tunggu masa VIVA, barulah uji kefahaman PG tentang kajian yg dilakukannya
4. Kalau nak tebal-tebal juga, sampai makan masa 2, 3 semester, baik terus buat thesis...PD kalau ada, diganti dgn thesis defense, pastu terus ambil data, kalau tak ada pembetulanlah.
5. Kalau dah boleh nak terus ambik data, tak yah namakan proposal, namakan mini thesis ke.. bayangan tesis ke atau thesis in progress.
6. Proposal perlu dikembangkan bersama2 dgn SV.. at least mendapat verification pada setiap progress. Setelah siap dan lengkap dalam beberapa pages yang reasonable antara 10 - 30, maka bolehlah PD supaya dapat diberi pandangan oleh pihak ke3 pula. Dalam pada itu, SV mempunyai final say akan perubahan yang dicadangakn, nak ikut atau tidak.
7. Proposal nipis diobersi kerana memang proposal adalah blueprint.. yang lengkap tapi shallow, sebab itu nipis dalam beberapa pages je... dan ia sebagai idea awal to get a BIG PICTURE of the study... utk memastikan researchability dan viability kajian utk capai tahapnya dan mampu contribute to knowledge, itu sahaja dulu. Selepas diterima, barulah dikembangkan dgn bacaan yang lebih mdalam dibawah bimbingan SV yang berterusan dgn mula menulis tesis...
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment