.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1454 : Sampling Frame #1


Penentuan Responden / Sample


Bagi yg belum lagi melalui perjalanan dalam menyiapkan research, izinkan aku memberi satu nasihat – dalam penentuan responden, pastikan anda ada sampling frame (SF) !


Apa benda SF? SF adalah segala infomasi yang membawa anda kepada responden. Tanpa SF, anda akan hadapi kesukaran utk mendapat responden.


Pertama:

Jika anda menjalankan kajian experimental, sebaiknya gunalah pelajar atau subjek kajian yang dibawah kuasa anda yang anda tahu semua informasi mereka. Jika anda instructor dalam nursing, manfaatkan student sendiri utk laksanakan intervention dan pembahagian kumpulan. Anda cuma perlukan dalam n=30 bagi setiap kumpulan.


Kedua:

Jika anda lakukan kajian survey, sangatlah mustahak utk anda memastikan SF bagi membolehkan anda tahu bilangan / anggaran populasi, seterusnya membolehkan anda mengira bilangan sample minima yang diperlukan. Pastikn juga, SF anda mengandungi sample yang homogen.


Sebagai contoh dummy, anda ingin mengukur tahap obesity orang dewasa > 40 tahun menggunakan questionnaire. Tentulah sukar utk anda meraban kesana sini mencari responden berumur > 40 tahun. Jadi tetapkan satu target population sbg SF, katakan guru sekolah menengah berumur >40 tahun di Daerah Hulu Langat, atau pegawai kerajaan kategori A yang bekerja Putrajaya. Anda boleh sahaja menghantar questionnaire melalui kementerian berkaitan, melalui ketua jabatan dan meminta diedarkan kepada yang berkaitan.


Ingat, wpun anda mungkin tidak boleh membuat generalisasi kepada “seluruh rakyat Msia berumur >40 tahun” tetapi anda tetap perlu menjalankan proses pengumpulan data secara sistematik. Bezanya, anda tidak akan membuang masa, terhalang pula oleh kekangan kewangan.


Ketiga:

Ingat juga, tidak ada termaktub di mana2 supaya anda perlu melakukan kajian yang membolehkan anda membuat generalisasi ke seluruh Msia. Oleh itu, memadailah anda sendiri yang menetapkan skop kajian anda dgn SF yang munasabah. Keutamaan bukanlah utk membuat generalisasi keseluruh negara kerana kajian yang sebegini biarkan dijalankan oleh kementerian atau SV anda yang mempunyai geran ratusan ribu ringgit dgn bantuan RA yang comel2. Fokus anda adalah kepada proses membuat kajian yang sistematik. Jgn tak tahu, nak dapatkan responden dalam kalangan cikgupun boleh melelahkan…. Inikan pula responden yang ntah sapa2 diluar sana !


Keempat:

Walaupun ada SF, anda masih perlu melakukan pemilihan rawak spt stratified sampling jika ada sub populasi macam guru lelaki jauh lebih kecil bilangan dari guru perempuan.


Kelima:

Dgn menjalankan pemilihan rawak, ditambah dgn responden yang homogen, spt guru wpun hanya diambil dari satu daerah spt di Hulu Langat, anda masih boleh membuat generalisasi kepada guru di Msia, kerana ciri-ciri homogen guru dari segi syarat kelayakkan jadi guru yang sama, persekitaran bekerja, nature pekerjan yang hampir sama diseluruh negara.


Keenam:

SF ni tak semestinya senarai nama responden, tetapi adalah sumber mendapatkan maklumat individu responden ataupun institusi dan organisasi yang ada responden tersebut, yang memungkinkan questionnaire anda sampai kepada mereka.


Ketujuh:

Katalah anda menjalankan kajian untuk mendapatkan sesuatu maklumat dari “expert in IT” yang bekerja ... mengapa tak buat sedikit adjustment supaya kajian anda fokuskan kepada “expert in IT at higher education” bukan hanya “expert in IT” secara umum. Ini kerana expert in IT di IPTA / IPTS mudah diperolehi list mereka (inilah maksud sampling frame) berbanding dengan expert diluar yang anda tidak pasti lokasi merekapun.


Kelapan:

Anda juga boleh fikirkan responden yang boleh diperolehi contohnya dari persatuan... seperti persatuan bekas perajurit, persatuan polis atau seniman, persatuan wartawan, persatuan pekebun kecil, persatuan peniaga pasar malam dll kerana persatuan juga adalah sample frame kerana info ahli boleh diperolehi dari file persatuan


Kesembilan:

Contoh lain katakan kajian anda melibatkan sikap aggressiveness kanak2 dan kesannya kepada pembelajaran awal mereka, maka jalankan kajian di TADIKA KEMAS yang ada sampling frame di kementerian berkaitan berbanding usaha mendapatkan kanak2 dari mana-mana keluarga secara umum yang tiada sampling frame yang jelas....


Kesepuluh:

List yang diperolehi dari SF juga membolehkan anda apply apa sahaja randomize sampling technique yang sesuai, dari sistematic, cluster.... sehingga lah simple random.


Kesebelas:

Ada kalanya, pelajar yg buat PhD digesa utk mengambil sampel satu Msia, yang memakan masa berbulan2 utk kumpulkan data, dgn penat jerih dan wang ringgit … sehingga extend beberapa semester, hanya utk mengumpulkan questionnaire sahaja, sedang dapatan yang diperoleh, bukanlah sangat berbeza dgn apa yang dijangkakan jika diperolehi dari satu smpling frame.


Keduabelas:

Ingat, responden yang tidak homogen yang diperolehi tanpa SF, memerlukan sample yang lebih besar, dan lebih sukar untuk membuat generalisasi kerana sifat yang tidak homogen tersebut !


Ketiga belas:

Ada pelajar yang ikut hati.... kununnya PhD mestilah kajian satu Msia.... dahlah tak ada SF.... atau ikut cadangan SV yang sememangnya suka jika sample satu Msia sebab akhirnya anda lah yang buat kajian !


Keempat belas:

Jika populasi kajian anda kecil, katakan 150 orang dan berada diseluruh negara, spt populasi pelajar cemerlang semua subjek peringkat SPM.... maka beralihlah kepada kajian qualitative utk dijalankan di beberapa negeri sahaja.


Kelima belas:

Anda masih boleh lakukan kajian seluruh negara... malah responden yg nk jumpa anda... dan akn mendapat sokongan semua pihak... itupun kalau anda adalah Neelofa !


Kesimpulan:

Ikutlah rasional dalam pemilihan responden / sample kerana anda hanya melakukan kajian akdemik sebagai pra-syarat utk dapat master / PhD bukan buat kajian bagi pihak lain.... so jgn ikut hati.... nanti mati !


OT

#samplingframe











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...