.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

3743296

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1453 : KBAT membantutkan anak-anak berfikir


Kita bila dengar HOTs aka KBAT, terus apply dalam buku teks, siap tandakan lagi soalan KBAT sedang ia tak berlaku dalam buku teks standard di Barat, negara yang membawa KBAT.


Cikgupun mulalah berlatih meng'KBAT'kan soalan2 supaya anak-anak boleh berfikir tahap tinggi sebab kajian Barat menyatakan bahawa, jgn under estimate kemampuan anak-anak sedang kita sendiri geli nak buat kajian terhadap anak-anak, tak faham apa yang perlu bagi anak-anak kita. Jalan mudahnya....kitapun cuba KBAT soalan.


Pemikiran adalah satu process yang natural. Anak-anak lazimnya mempunyai daya curiosity yang tinggi kerana otak mereka sentiasa eager nak tahu persekitaran - Why ?


1. Bersoal jawab secara soalan terbuka oleh guru adalah proses terbaik tanpa anak2 sedari mereka dilatih berfikir secara terbuka, tanpa perlu kisah sangat salah / betul jawapan yang diberi. Mereka bukan nak buat enjin lagi.


2. Proses ini memerlukan masa, tidak boleh sekali gus dan serentak dalam period yang padat. Pelbanyakkan aktiviti supaya anak-anak sentiasa aktifkan pemikiran mereka dgn 'Why'.


3. Biarkan mereka mendengar pelbagai jawapan dari pelbagai perspektif dan minta mereka memberikan respon.


4. Mengajar mereka hanya salah / betul akan membantutkan proses ini.... dgn soalan direka utk dapatkan jawapan salah / betul. Betul ? Berfikir dlm konteks belajar bukan tentang salah / betul sahaja. Anak-anak akan kecewa jika jawapan mereka disalahkan.


5. Critical thinking dgn KBAT is not just about salah / betul. Soalan KBAT yang hanya ada satu jawapan utk diberi markah atau ada skema bukan soalan KBAT yang memerlukan critical thinking.


6. Semua buku teks mengajar cara yang BETUL utk memahami sesuatu konsep. Ini tiada masalah. Tapi pengajaran mesti terbuka dalam penyampaiannya.


7. Soalan KBAT yang murid2 perlu jawab memberikan cara penyelesaian yang indirect tetapi tetap berakhir dgn SATU jawapan yang BETUL. Soalan KBAT bukan begitu.. ia lebih terbuka spt soalan APPLICATION berikut tanpa satu skema yang specific.


How would you develop.... ?

How would you modify..... ?

How would you demonstrate ...?

How would you solve ... ?


Yang dilihat adalah keupayaan murid membuat perkara berikut... bukan JAWAPAN AKHIR.. dan ia berlaku semasa berinteraksi... bukan diuji dlm exam.


Connection between sause and effect

Be able to do compare and contrast

Distinguishing different perspectives.

Explaining pattern


8. Macamana murid-murid / anak-anak nak jawab soalan kalau salah / betul terus menjadi pertimbangan utama ?7


9. Anak-anak di Barat dan maybe di Jepun yg belajarpun relatively dlm relex environment (Jepun dah lama amalkan exam hanya bermula ketika berumur 10 tahun) , tak bertimbun subjek, jauh lebih menguasai KBAT. Kalau Tahap 1... pergi sekolah lebih banyak main dan berinterkasi... bukan duduk atas kerusi dari pagi.


10. Memanglah realiti Barat dan Jepun tak sama dgn kita. Isunya, kita plak yang terlajak nak ajar semuanya, sedang kemudahan kita pun tak kemana. Di sana mereka cuba 'simple' kan tetapi kita plak jadikannya kompleks.


12. Sekali lagi... back to basic. Ajarlah anak2 secara terbuka asalkan kita berupaya membawa mereka berfikir dan 'make sense' to them. Jgn sampai KBAT juga membantutkan minat anak-anak.


13. Memang kita ada bukti statistik anak2 semakin meningkat penguasaan terhadap soalan KBAT, tapi angka2 itu partial of the whole story. Mereka lebih diberikan latih tubi dan teknik menjawab... sama spt yang dulu2 jugak....


Selamat berpuasa... dan anda tak perlu bersetuju dgn status ini...


OT

#KBAT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...