.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1455 : Sampling frame #2


Jgn kelabu mata...


Katakan anda dicadangkan buat survey pasal sikap kakitangan kerajaan Malaysia terhadap isu X .. dan tanpa fikir panjang lantas menjawab "No problem..." maka terbayanglah populasi kakitangan kerajaan satu Msia"


Bila nak menulis bahagian sampling bmulalah episod fening kefala ..... camner nk ambik sample satu Msia sedang anda bukan Menteri atau agensi kerajaan...kat mana nak cekau sample satu Msia dari berbagai jabatan itu dan ini?


Jadi jgn kelabu mata.... dgn pelbagai kekangan masa dan budget ... lakukan 6 langkah berikut:


1. Target population adalah seluruh kakitangan kerajaan seluruh Malaysia, N = 7.3 juta .... perghhh 23x


2. Narrow down: Target population adalah kakitangan kerajaan kategori A di seluruh Malaysia, N = 1.3 juta


3. Narrow down: Accessible population adalah kakitangan kerajaan kategori A di IPTA di seluruh Malaysia, N = 40 K


4. Be more specific: Accessible population adalah kakitangan akademik kategori A di lima IPTA berstatus RU di seluruh Malaysia, N = 10 K. Sampling frame lansung tak ada masalah jika ambil RU.... selain ada unsur homogeneity of population.


5. Bilangan sample mengikut Krejcie and Morgan bagi N=10 K adalah n = 373


Jadi dapatkan dalam 400 secara random dari lima RU.


6. Huraikan demografi 400 sample tersebut secara statistik diskriptif (seks, umur, bangsa, agama, aliran sains / social science dll yg releven) spt yang biasa dilakukan diawal Chapter 4.... tapi perlu lebih details supaya reader boleh justify representative sample yang diambil dgn ciri populasi dari lima RU.....membolehkan anda membuat generalisasi utk dapatan kajian anda….iaitu kakitangan akademik di lima RU seluruh Msia.


Ingat, jgn tamak dalam bab populasi. Ini kajian anda.... tak sapa yang akan turun padang bantu anda macam agensi kerajaan !! Menangis ler sorang2....


Ingat, jauh lebih baik sample kajian anda specific dan fokus supaya perbincangan dapat dilakukan merujuk kepada ciri-ciri kakitangan akademik.... dan kaitannya dgn pendapat mereka terhadap GST bbanding dengan hanya kakitangan kerajaan secara umum.


Pastu ada lagi soalan....


Knp pilih RU.... ada rujukan tak?


Tak der rujukan.... sbb ini adalah konsep asas dan general jer dalam sampling technique berdasarkan focus kepada satu kumpulan dgn sampling frame yang jelas dan homogen.... utk represent target population yang khusus... yang semua patut tahu....


OT

#samplingframe







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...