Aku membaca statement ini...
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Selangor ketika dihubungi Bernama berkata, pada dasarnya beliau menyambut baik saranan NUTP itu agar pelajar dan guru ‘direhatkan’ daripada sebarang program pada musim cuti sekolah, namun pelaksanaan program atau kelas tambahan kadang kala di luar bidang kuasa pentadbiran sekolah...
Sekarang timbul perbahasan tentang kelas tambahan waktu cuti.
1. Sebagai bapa.. aku keliru juga bila pihak pentadbir (statement di atas) kata perlaksanaan program kelas tambahan 'kadang kala' diluar bidang kuasa pentadbiran sekolah. Kadang kala? Sejauhmanakah guru dan ibubapa boleh buat apa sahaja disekolah yg libatkan murid tahun pperiksaan tanpa persetujuan atau pengetahuan pentadbir?
2. Aku tak nampak masalah kpd kelas tambahan selagi ia dirancang dgn baik sbg 'tambahan' kpd kelas biasa yg melibatkn bukan shj murid tahun pperiksaan spt mengadakan aktiviti explorasi.. buat demonstrasi.. beriadah sambil mbuat projek dsbnya... utk menambah pemahaman murid diluar waktu persekolahan formal...
3. Namun klu kelas tambahan mmg sambungan dari kelas yg formal utk abiskan silibus atau drilling... dan hanya melibatkan murid tahun pperiksaan sahaja... sehingga murid tidak dapat bercuti... tentu boleh difikirkan semula... kerana ini berkait dgn exam orientation. Namun dlm keadaan yg diperlukan dan munasabah spt mbantu anak2 yg 'tercicir'... tentu ia suatu yg baik.
4. Cuti sekolah pada hemat aku adalah cuti dari aktiviti pengajaran formal... maka ia bukan bermakna mesti duduk dirumah untuk merehatkan minda dan bergembira. Kalau ibubapa nak bawa riadah atau melancungpun takkan sampai 2 minggu atau setiap kali cuti sekolah. Rehat dan gembira sangat subjektif. Ada murid yang memang suka ke sekolah, melakukan aktiviti bersama kawan2 utk lebih rehat mindanya dan lebih gembira emosinya dari terperap dalam rumah. Begitu dgn sebahagian guru.
5. Jika ada guru yg inovatif... sukarela dan ambil inisiatif dgn merancang 1, 2 hari dari cuti 2 minggu cuti utk aktiviti kemahiran tambahan murid spt #2 tentu tidak merugikan asal mendapat persetujuan bersama... dan bukan hanya melibatkn murid tahun ppriksaan sahaja.
6. Jadi, apa-apa aktiviti cuti sekolah, mestilah melibatkan semua pihak. Pemimpin NUTP yang suruh cikgu berehat tu kena juga faham, bahawa cuti sekolah bukan 2 hari tapi ada yang 2 minggu. Aku sendiri jarang cuti hanya kerana nak duduk rumah berehat... Penat juga duduk rumah kalau lama-lama ! Kesian juga pada guru. Bila kena tegur... mereka jugalah yg dipersalahkan.
Ini pendapat aku sbg bapa... just my 2.5 cents.
OT

No comments:
Post a Comment