Ditunjukkan satu berita, kawasan yang telah gondol tanpa kawalan dan penampan, disekitar Tasek Cini hingga merosakkan ekosistem tasek tersebut.
Masakan kawasan terbuka... bersebelahan lokasi kunjungan ramai... telah digondol oleh jentera berat terang-terangan, hingga licin... hingga ada kawasan rumputpun tak tinggal... berlaku hakisan, tiada siapa kesah kesannya kepada tasek lagenda tersebut yang kini mulai kering, keroh dan gering.
Tasek Cini bukan terbentuk sehari dua. Ia khazanah alam, anugerah utk Malaysia. Memusnahkannya boleh sahaja dalam sekelip mata.
Ini mengingatkan aku satu insiden di Adelaide, penduduk sekitar berkempen dan bergilir-gilir menjaga 'sebatang pokok besar' ditepi jalan dari ditebang pihak majlis yang ingin membesarkan jalan. Akhirnya, pihak majlis akur lalu membuat lencongan hanya kerana sebatang pokok yang tiadalah sebesar mana nilainya berbanding ekosistem sebuah tasek kedua terbesar yang menjadi lagenda yang kini nazak!
Oh Malaysia ku ....
OT - Foto dari Harian Metro

No comments:
Post a Comment