1. Ada scholar tahap tertinggi IPTA berkata pendidikan mesti adil. Adil kepada yang KEKURANGAN, dengan merujuk khusus kepada kelompok Melayu yang masih katanya TERCICIR, utk dimatrikulasikan.
2. Akupun nak sentuh tentang adil yang membawa maksud yg sama - memberi mengikut keperluannya... bukan sama rata atau melebihkan pula yg kurang mmerlukan. Tapi aku tak mahu sentuh pasal matrikulasi, tetapi kepada pendidikan yang lebih asas dari itu - rendah dan menengah.
3. Seperti biasa, aku lebih selesa menulis tentang pendidikan awam (public education) yang didalamnya ramai anak2 disadvantages utk kita menunjukkan dan berlaku adil.
4. Aku akan terus menulis tentang anak2 disadvantages... at-risk... anak2 tercicir... anak2 LD atau dari keluarga rendah SES yang lazimnya kurang perihatin kpd pendidikan anak2 sendiri (mungkin kerana tahap pemikiran mereka dan realiti pekerjaan) sedang dunia pendidikan termasuk kurikulumnya spt disediakan utk anak-anak yang ada advantages, gifted dgn fokus berterusan juga diberikan kepada kelompok ini
5. Aku mulakn dgn reality berikut...
a. Fitrah anak2 bukan MALAS !
b. Anak2 lahir dgn berbagai potensi dan curiosity
c. Dalam hirarki sosial, kelompok disadvantages tetap wujud malah mereka lebih ramai dari yang advantages
e. Sistem sekolah bukan one size fits all... fits utk yg advantages
Fikirkan bahawa....
f. Tetap akan ada anak2 lahir dalam keluarga advantages (kaya, berpendidikan, berjawatan) tetapi tercicir, jumlahnya KECIL.
g. Tetap akan ada anak2 lahir dalam keluarga disadvantages dan berjaya, jumlahnya juga KECIL
h. Tetap akan ada anak2 lahir dalam keluarga disadvantages dan tercicir, inilah jumlah yg BESAR
6. Maka sekolah sebagai public education perlu menyediakan APA SAHAJA (by hook or by crook) pendekatan untuk utk ..
i. Semua anak2 tak kira background, advantages atau disadvantages terlebih dahulu tertarik dan bermotivasi untuk belajar
j. mengembangkan apa sahaja potensi anak-anak bukan bilangan As
k. fokus kepada kelompok disadvantages yang LEBIH memerlukan perhatian yg jumlahnya BESAR
l. memastikan anak2 disadvantages lebih ramai yang berjaya
m. memastikan anak2 LD pula mendapat pemulihan yang sewajarnya
7. Maka bila aku menulis tentang anak2 yang tercicir..
n. ia juga meliputi semua anak2 dari semua SES, tak kira anak siapa
o. ia tidak mengurangkan kelebihan anak2 advantages dan gifted tetapi ADIL untuk anak-anak yang KEKURANGAN.
8. Anak-anak yang lahir dgn kelebihan, atau lahir dalam keluarga SES yang baik mudah untuk cemerlang. Maka adakah ADIL terus menerus memberikan KELEBIHAN kepada kumpulan ini?
9. Tentu ada yang akan memberi respon, anak2 tersebut telah BERUSAHA dan BERJAYA, kenapa perlu diberikan perhatian kepada yang lain? Jika ADIL spt yang dimaksudkan sebagai menyantuni lebih kepada yang kurang, maka tidak timbul persoalan ini.
Adakah adil, hanya berdasarkan kelebihan beberapa markah dengan beberapa As, yang ada kelebihan ini berada di sekolah terpilih, berprestasi dalam suasana yang kondusif then terus ke matrikulasi berbanding dgn yang disadvantages?
10. Public education bukan soal berapa ramai yang dapat As... tetapi berapa ramai yang berjaya dikembangkan potensi mereka dgn kadar keciciran yang semakin berkurangan.. dgn jarak yang semakin dirapatkan, bukan dijauhkan. Tentunya keciciran ini lebih dominan dalam kelompok anak2 disadvantages.
Jadi, berbalik kepada poin #1 di atas. Jika matrikulasi utk kumpulan murid yg KEKURANGAN memulakan pengajian awal sebelum ke tahap higher education yang katanya utk keadilan, adil kan dulu tahap rendah dan menengah tanpa mengira siapa dgn kelebihan diberikan kepada yang KEKURANGAN juga .. fokus kepada perhatian dan bimbingan yang lebih kepada pembelajaran anak-anak kekurangan ini. Jgn bimbang, anak2 yang advantages, gifted akan terus berjaya...
OT

No comments:
Post a Comment