1. Aku sering mendapat pertanyaan dan merasakan betapa timbul ketakutan utk mengubah petikan yang diambil dari sumber tertentu....takut mengubah maksud ayat yang dipetik.... lalu menjadikan tulisan anda kaku dan hilang dinamikanya
2. Semua orang tahu…. tiada dua kajianpun yang sama 100%, malahan 80% pun susah. Jadi setiap artikel atau sumber rujukan ditulis mengikut pemahaman pengarang…. dgn cara dan style berbeza... context berbeza.... sampel berbeza.. method berbeza dll.
Teruskan membaca...
3. Bermakna maksud asal petikan yang dirujuk boleh sahaja ada perbezaan bila di tulis (atau rephrase) dgn pemahaman baru atau dalam kontek kajiannya sendiri. Aku akan buktikan hasil decoding tulisan Prof Dr. Mayer, expert dan pemilik teori CTML.
4. Jadi macamana nak gabungkan beberapa petikan dari beberapa artikel (termasuk buku dll) yg berbeza sedangkan petikan tersebut ditulis oleh pengarang berbeza dgn cara yang berbeza utk kajian yang berbeza?
5. Perhatikan satu ayat di bawah yang ditulis dalam satu artikel yang terhasil dari petikan LIMA artikel lain yang berbeza. Ayat ini diambil dari artikel sifu multimedia Mayer (2002) terbitan journal tersohor - Educational Psychology Review, Vol. 14, No. 1, March 2002.
5. Perhatikan ayat oleh Mayer (2002) berikut dan lima senarai artikel di cite dalam artikel beliau:
Mayer (2002) menulis....
In microworld games, students may interact with an animation-based simulation such as a game intended to teach scientific or mathematical concepts (Dunbar, 1993; Moreno & Mayer, 2000; Moreno et al., 2000; Rieber, 1990; White, 1993).
6. Perhatikan 5 sumber yang di petik oleh Mayer (2002) adalah dari:
a. Dunbar, K. (1993). Concept discovery in a scientific domain. Cog. Sci. 17: 397- 434.
b. Moreno, R., and Mayer, R. E. (2000). The case for minimizing irrelevant sounds in the design of multimedia instructional messages. J. Educ. Psychol. 92: 117–125.
c. Moreno, R., Mayer, R. E., and Lester, J. C. (2000). Life-like pedagogical agents in constructivist multimedia environments interaction. In Proceedings of EDMEDIA 2000, AACE Press, Charlottesville, VA, pp. 741–746
d. Rieber, L. P. (1990). Animation in computer-based instruction. Educ. Technol. Res. Dev. 38: 77–86.
e. White, B. Y. (1993). ThinkerTools: Causal models, conceptual change, and science education. Cog. Instr. 10: 1–100.
7. Lima artikel di atas klu dapat dek PG mahu je ditulis 5 - 10 paragraph...utk kelihatan tebal dan bukti byk mbaca dimulai dgn 'According to....' yg memualkan sdg Mayer hanya merumuskan dalam satu ayat pendek sahaja.
8. Sila jawab 3 persoalan ini.
Persoalan 1:
Adakah kesemua lima artikel yang dirujuk oleh Mayer (2002) di atas menulis tentang science dan maths ? Tak ada kan? Cuma Dunbar (1993) dan White (1993) yang menulis tentang science, tapi kedua2nya dalam context yang berbeza (discovery dan conceptual change).
Tiga lagi artikel adalah berkaitan dengan multimedia, animation dan constructivist, yang juga dalam context yang berbeza. Bagaimana dgn mathematics.... tak adapun (sedang ada dalam tulisan Mayer) !
Persoalan 2:
Jika dah kesemua lima sumber rujukan tu berbeza, macamana Mayer (2002) boleh merumuskan kelima2 sumber tersebut dalam satu ayat pendek berikut.... aku tulis sekali lagi.
In microworld games, students may interact with an animation-based simulation such as a game intended to teach scientific or mathematical concepts......
Persoalan 3:
Adakah Mayer (2002) yang menulis petikan tu tak takut mengubah maksud asal kesemua artikel yang dirujuk kerana kesemuanya di petik dgn masing2 dalam context kajian yang berbeza…..tak takut ke Mayer (2002) buat begitu ?
9. Penjelasan:
Mayer (2002) telah menggabungkan kelima2 artikel kerana semua artikel yang dirujuk mengkaji KONSEP YANG BOLEH DIGABUNGKAN BERSAMA (animation, multimedia dan constructivist learning) yang apabila digabungkan telah membawa kepada maksud umum yang secara CONCEPTUAL bagi menyokong kajian Mayer (2002) yang aku terjemah sebagai:
SEBARANG ANIMASI ATAU MULTIMEDIA ATAU GAMES (DITULIS SEBAGAI MICROWORLD) YANG TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN SECARA CONSTRUCTIVIST (SPT SCIENCE DAN MATEMATICS), PELAJAR MENGANGGAP MICROWORLD TERSEBUT HANYALAH SEBAGAI GAMES.
10. Memetik satu sumber artikel atau gabungan beberapa artikel bukan melihat kepada maksud perkataan demi perkataan atau context kajian yang pasti berbeza dari satu artikel ke artikel yang lain… TETAPI menganalisis dgn memetik KONSEP atau IDEA yang sama dari artikel2 tersebut dan kemudiannya disintesis dalam ayat sendiri dalam bentuk yang berkaitan dgn kajian sendiri....
Kesimpulan:
Now teruskan penulisan anda. Jgn takut kerana andalah yang lebih tahu apa yang anda baca dan kaji. Jgn tulis sekadar menempek bagi menjadikannya macam buku teks yang kelihatan tebal. Anda juga bukan menulis novel syahdu...
Love you guys...
OT
#proposalkritismayer

No comments:
Post a Comment