.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Tuesday, May 14, 2019
Tajuk 886: Adakah proposal tebal lambang kajian-tesis berkualiti ?
Antara keperluan menghasilkan kajian-tesis berkualiti adalah masa yang mencukupi utk melaksanakan apa yang dirancang. Sejumlah 3/4 masa sebagai calon PhD (atau master) perlu diperuntukkan bagi menjalankan kajian dan menulis thesis serta serentak dgn itu juga mendalami pelbagai perkara.
Atas alasan inilah, mengapa proposal perlu ringkas dan segera dibincang utk diterima atau dibentangkan untuk pemantapan. Semua proses ini sepatutnya selesai 1/4 dari masa pengajian.
Maka.... 3/4 diperlukan bagi...
1. PG memulakan pembacaan yang mendalam dan terfokus kpd tajuk kajian yang telah dipersetujui
2. PG boleh mula menghadiri bengkel atau apa sahaja keperluan untuk menambah kemahiran seawal mungkin sebelum kajian berjalan seperti bengkel analisis data atau penulisan NLR atau SLR supaya kajian dimulakan dengan pemahaman yang baik
3. PG juga boleh mula menulis concept paper utk dihantar ke journal atau chapter of book.
4. Dalam tempoh 3/4 masa tersebut juga PG boleh menghadiri kolokium, konferens atau seminar utk mencelikkan mata.
5. Dalam tempoh ini jugalah boleh menyertai pertandingan bagi mendapat pengalaman serta memohon IP.
6. Apa yang dilakukan dlm langkah1-5 di ataslah yang akan menambah kualiti kajian dan penulisan tesis bukan proposal yang tebal
Bayangkan..... ini pula yang terjadi...
a. Penyediaan proposal yang tebal sehingga memakan masa lebih 3/4 hingga nak tamat waktu belajar pun ada, proposal masih tak selesai juga.
b. Menebalkan proposal tidak membawa banyak makna selagi kajian tidak bermula dan PG tidak pasti fokus pembacaan.
c. Menyemak proposal yang tebal, membaikinya berkali-kali sehingga kepada titik dan comma, tidak menambah apa-apa kualiti kepada kajian yang belum nampak bayang utk dimulakan.
d. Akhirnya PG yang give-up bila proposal yang tebal sehingga 100 pages pun ada yang anggap 'shallow'
e. Jika proposal diterima, sedang masa 3/4 telah habis, maka kajian pun dilakukan dengan sisa-sisa masa yang ada.
f. Bayangkan jika 3/4 masa diperuntukkan kepada proposal, kemudian perlukan perubahan tajuk atau teori, perlu diperbaiki lagi dll.. tiada lagi waktu untuk kajian yang terbaki.
Akhirnya...
i. Proposal yang tebal... ditebal-tebalkan bagi mencapai 'maqam' yang tinggi adalah satu amalan spt tidak wujud di universiti ternama dan established dunia.
ii. Itulah perlunya belajar sampai London, New York, Tokyo, Holland, Copenhagen, Australia dll utk mengaplikasikan kehebatan dan amalan universiti tersebut yang tidak ada kaitan dgn penyediaan proposal yang tebal, rigid dan details !
iv. Tidak ada satu 'mazhab' pun yang anggap proposal mesti tebal di negara lain didunia ini... malah ada yang tidak perlukan proposal dan PD utk hasilkan PG berkualiti...
Wallahualam...
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment