.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1379 : Please believe me that there is no such thing as a short cut in thesis writing !


Seorang Prof berjawatan tinggi kira-kira 4 tahun lepas menghantar emel kpd salah seorang penganjur bengkel saya, mungkin penganjur tersebut adalah supervisee beliau, emel di forward kepada saya. Ini isi emel tersbut.. yg menunjukkan beliau tidak tahu dan tak mahu tahu.. tapi terus buat assumption.

Saya sebagai salah seorang professor telah mengraduatkan dan sekarang menyelia beberapa pelajar Master dan PhD dan tidak pernah mengajar dan menyelia penulisan tesis secara cepat. Penulisan thesis adalah berdasarkan penorakaan ilmu berasaskan penyelidikan. Please believe me that there is no such thing as a short cut in thesis writing. Perlu focus dalam membuat penyelidikan dan sentiasa berbincang dengan penyelia. Mohon dapatkan bimbingan daripada penyelia jika menghadapi masalah"

Prof tersebut telah bersara dan ini jawapan saya ketika itu....

Salam Prof (panjang lagi salutation dia),
Saya tidak mengajar "menghasilkan content" mana-mana tesis secara short-cut, tetapi saya berkongsi pengetahuan bagaimana menjalankan Literature Search dgn operater Boolean dan search modifier, pengurusan ratusan articles, pengasingan artikel berdasarkan tema, menggunakan keywords dalam pencarian isu yang releven, mencari artikel yang high impact, mencari leading authors dalam bidang masing2, menentukan territory atau fokus dalam bidang masing2 semunya menggunakan integrasi 3 tools iaitu Mendeley sbg Reference manager, Scimago dan ZDOT.

Untuk pengetahuan Prof, perisian Mendeley adalah kepunyaan ELSEVIER dan ia percuma, Scimago pula powered by Scopus dan ZDOT adalah templat word processor. Maka pencarian artikel yang high impact dan releven dengan leading authors perlu dikuasai terlebih dahulu, diikuti dgn pembacaan yang bersistematik supaya masa tidak terbuang begitu sahaja.

Contoh1:
Saya boleh tunjukkan bagaimana untuk mendapatkan 30 artikel terbaik dalam bidang multimedia dan animation misalnya, yang hanya Q1 dan high impact journal, ditulis oleh leading authors dalam bidang tersebut hanya dalam masa 30 minit. Pelajar siswazah yang baru, mungkin mengambil masa berminggu2, malah tidak pula memperolehi artikel yang high impak. Tentu ada beza 30 artikel dalam 30 minit berbanding 30 artikel dalam 3 minggu yang dipetik dari pelbagai sumber tanpa diambilkira ranking jurnal tersebut.

Contoh2:
Pelajar siswazah boleh menyusun 30 artikel terbaik tersebut, mengikut tema2 penting spt keyword, teori, analisis data dll dalam 20 minit (dilakukn dgn Mendeley) sedang ramai pelajar siswazah tidak tahu apa yang hendak dibaca, artikel mana dulu dan mana kemudian lalu mengambil masa berminggu2 untuk menyusun secara manual dalam folder2, malah kekusutan ini berlaku sepanjang pengajian mereka.

Contoh3:
Menulis dan menyusun idea dalam tesis adalah satu lagi cabaran besar. Ini belum dikira utk menyusun puluhan rajah dan jadual. Hanya dengan menguasai References dan Cross References dalam ZDOT, semua kerja2 penyusunan ini dilakukan secara otomatik. Malah, pelajar yang sedang menulis pada muka surat 200, boleh merujuik rajah atau jadual yang berada pada muka surat 10, misalnya. .

Contoh4.
Menulis rujukan / citation adalah kerja yang perlu dilakukan berhati2 dan menjerihkan. Mendeley akan membantu pelajar menyediakan rujukan mengikut format yang dipilih secara automatik dan menyusunnya mengikut alphabetical order. Maka fokus pelajar tertumpu kepada membaca, memahami isi, membuat analisisi yang kritikal, kerana kerja2 penulisan citation / references diambil alih oleh Mendeley.

Cukuplah sekadar 4 contoh di atas dan ia bukan short cut dalam memahami content, tetapi mengurangkan dgn banyak dan signifikan kerja2 buruh yang berbelit-belit sehingga ramai pelajar sisiwazah hilang arah dan demotivated.

Motif saya supaya pelajar siswazah memanfaatkan tools spt Mendeley (ELSEVIER), Scimago (Scopus) dan ZDOT (MS Word) untuk menghasilkan tesis yang berkualiti semoga GOT (graduate on time) sebagaimana automasi mesin membajak, menyemai, memotong dan mengisar padi, yang mencepatkan proses mendapatkan beras, bukan mempercepatkan proses pembesaran dan padi.

Saya ingin membantu pelajar siswazah berkeyakinan tinggi kerana fokus mereka adalah menguasai pengetahuan dari pembacaan berkualiti tinggi, lalu fokus kepada menjalankan kajian bagi menghasilkan tesis berkualiti tinggi, bukan tertumpu kepada isu pencarian artikel, pengurusan artikel, pembacaan artikel yang banyak tetapi tidak releven, berkualiti rendah, terganggu oleh penulisan citation, jadual, rujukan. proses editing yang berbelit-belit dan menjerihkan.

Moga Prof mendapat sedikit penjelasan. bahawa "Tulis Tesis Cepat" bukan short-cut tetapi memanfaatkan research tools bagi penulisan yang efisyen bagi menghasilkan tesis yang berkualiti, mudah-mudahan mencapai hasrat GOT.

Othman Talib

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...