.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1399 : Kenapa huru harakan maksud ORIGINALITY, NOVELTY, SIGNIFICANCE ?


Inilah tiga terminologi ASAS yang sering dihuru harakan maksudnya. Bayangkan, siswazah memulakan penyelidikan dengan pemikiran yang huru hara - tak ke haru biru ?

1. Originality (Keaslian)
Bermaksud melakukan kajian dan menulis tesis atas kapasiti dan usaha sendiri (dibawah bimbingan JK supervisori), sebagai hasil kerja anda yang asli yang anda lakukan sendiri (bukan plagiat - tanpa menyatakn sumber).


Anda perlu tulis pernyataan ini dipermulaan thesis anda dlm satu muka surat khas sebelum abstrak... bhw naskah tesis adalah usaha dan kerja anda sepenuhnya.. dgn menyatakan semua sumber rujukan anda .. originality ler tu...

# Originality sering dihuru harakan maksudnya sebagai penghasilan kajian yang “BELUM pernah dibuat lagi” sebelumnya oleh sesiapa... sedangkan namapun re..search... sambung / extend / expand / reformulate ... apa yg orang lain SUDAH buat.

2. Novelty (baru)
Bermaksud mengemukakan sesuatu yang “baru” kepada idea / gagasan / konsep / prototaip / algorithma / model / modul yang "sedia ada". Baru membawa erti membuat penambahbaikan, penilaian semula, mengembangkan, mengubah konteks atau pembolehubah.

Novelty ini akan membolehkan hasil kajian diterbitkan kerana membawa sumbangan kepada pengetahuan “baru” dalam bidang kajian.

# Novelty sering dihuru harakan maksudnya sebagai penghasilan kajian bagi “mengisi kelompongan / yg lompang/ sesuatu yang hilang / yg kurang dilakukan / yg kurang diteroka ” dalam literatur mahupun kajian lepas.

3. Significance (bermakna / penting)
Signifikan wujud bila hasil kajian dan pengetahuan yang dikembangkan bermakna dan penting kepada sarjana dalam bidang yang sama / releven. Dalam bahasa mudah, hasil kajian menarik minat sarjana lain untuk mengetahuinya bagi menambah pemahaman dalam bidang yang dikaji.

Kajian juga dikatakan signifikan jika membawa kepada penghasilan “product” yang menarik minat sarjana lain dalam bidang yang sama /releven utk mengetahuinya atau menjadi asas untuk dikembangkan lagi.

Itulah sebabnya kajian yang significance sering dikaitkan dgn potensi utk diterbitkan sebagai artikel jurnal bagi bacaan dan rujukan sarjana lain !

Ada menteri nak baca journal ker... org awam? Teks ucapanpun pegawai yg sediakn.

# Signifikan sering dihuru harakan maksudnya sebagai “kajian yang membawa impak” kepada masyarakat, pembuat polisi, kementerian, organisasi dan negara.

Kesimpulan:
Semua maksud di atas menepati objektif penghasilan “academic research for knowledge contribution" oleh siswazah baik master mahupun PhD lalu natijahnya melahirkan pelajar yang menguasai bidang kajian serta berkebolehan menjadi "bakal" penyelidik yg kompeten.

Note: Bila definisi diatas disebut oleh 'Prof' kita pun terus senyap dan bhenti berfikir dgn anggapan sapalah kita... lalu jadilah ia ikutan turun temurun.... wpun maksudnya huru hara...

Simple !

OT - alololo.. tayang dia...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...