Hari ni Selangor cuti. Sayapun membuat bacaan santai, terjumpa satu kaji selidik dari satu institut berkaitan Islam, beberapa tahun lepas. Terpampang barisan 8 penyelidik dari Prof. sampai Dr... fuhh.
Sayapun meneliti item2 skala Likert (Sgt Tak Setuju - Sgt Setuju) yang pastinya berkaitan dgn ISLAM. Ini aspek2 yang boleh saya kongsikan pandangan saya utk difikirkan.
1. Kaji selidik berkaitan dgn agama adalah kaji selidik paling kuat terpengaruh dgn bias - bias agama.
2. Bias agama bermaksud - responden akan cuba memberi respon sbg seorang beragama, malah akan cuba elakkan diri dari memberi respon yang dapat dikaitankan dgn amalan 'tidak beragama'.
3. Contoh item "Saya terlibat dengan amalan khurafat" adalah item yang SANGAT bias. TIADA SIAPA pun ingin diri mereka dilibatkan dgn khurafat... kerana maksud khurafat tersebut tak disukai
4. Bagaimana pula dgn pilihan respon bagi item spt "Semua keputusan dan tindakan dalam kehidupan saya adalah selari dengan akidah Islam". Adakah responen akan jawab "Tidak Setuju" atau "Setuju" atau "Sangat Setuju" sedang item ini berkaitan dgn akidah ! Dah lah item ini double barrelled dan extreme dgn perkataan "SEMUA"
5. Item spt "Saya menggunakan sistem ekonomi Islam kerana ia menjamin keselesaan hidup saya" adalah ambiguity. Adakah wujud sistem ekonomi Islam tersebut? Apa kaitan pula dengan keselesaan?
6. Maka berhati-hatilah membina item berkaitan 'agama' bagi mengelakkan bias agama .. klu tidak... kaji selidik tersebut tidak valid sebb tidak mengukur apa2 yg patut diukur kerana responden mpunyai bias agama yg tinggi !
OT
No comments:
Post a Comment