.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1383 : 13 individu pakar lagi superhero dalam Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN)..



Status terbuka untuk anda dan 13 individu pakar lagi superhero dalam Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN).
-----------------------------------------------------------------------------------
Pendidikan Msia menuju pentaksiran - UPSR ke PPSR.

Im a realistic person. Idealistik ok.. tetapi perlukan langkah yang realistik utk melaksanakannya. Ini pendapat 'realistik' aku tentang senario pendidikan Msia dan kebimbangan ibubapa jika exam diganti dgn pentasiran berterusan... yang dikhuatiri terlaksana sekadar dipinggiran...

1. Exam dikaitkan dgn sijil. Sijil adalah indikator utama utk masuk pengajian peringkat lebih tinggi dan seterusnya dapat kerja.

2. Tanpa exam yang kerap, ibubapa yang 'prihatin' terutama yang berjawatan dgn SES yang tinggi tak tahu samada anak mereka berstatus A, B atau E.

3. Tanpa gred, ibubapa tak tahu samada anak mereka perlu latihan tambahan atau sebaliknya

4. Mereka juga tak yakin, tanpa exam, anak mereka akan belajar

5. Mereka lagi tak yakin guru dapat menjalankan tugas pengajaran dgn baik tanpa tekanan exam kerana guru selama ini terlatih dan terbiasa dgn pengajaran utk menyediakan pelajar menduduki exam.

6. Mampukan sekolah dan guru menjadikan 3 tahun pertama (tahap 1) sebagai 'character building' jika jumlah murid masih sesak dalam satu kelas ... kebergantungan kepada buku teks ... dan approach pengajaran masih tidak berubah?

7. Kata-kata spt 'exam mendatangkan stress' dan 'exam tidak menguji potensi sebenar murid' belum cukup baik jika alternatifnya continuous assessment tidak berjalan secara efektif dan efisyen.

8. Keprihatinan juga tertumpu kepada individual murid. Adakah guru boleh beri perhatian kepada individu dalam menjalankan aktiviti. Besar kemungkinan ada kelompok murid yang lebih terkehadapan dan mendominasi apa sahaja aktiviti sehingga berlaku 'ketidakadilan' dalam penilaian dan pentaksiran.

9. Ibubapa yang 'berkemampuan' tahu anak mereka ada byk advantages dgn sistem exam, maka menghapuskannya akan mengurangkan kelebihan ini, sedang anak2 disadvantages belum tentu dapat dinaikkan potensi mereka. Ibubapa khuatir yang dikendong tak dapat, yang dikejar pun berciciran...

10. Tak perlulah pergi Finland. Sekolah international di KL pun banyak dan lebih berjaya menjalankan continuous assessment kerana bilangan murid yang kecil, kemudahan yang tip top serta peer dari kelompok yang 'advantaged' yang tak wujud di sekolah kerajaan. Mereka juga mengambil guru berpengalaman dgn kelulusan tinggi - pendek kata guru terbaik dgn kemudahan tip top!

Mari fikirkan sebentar...

UPSR misalnya tidak dimansuh tetapi dicairkan menjadi PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah) dgn merangkumi element lain iaitu PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum), PPSI (Pentaksiran Psikometrik), PASR (pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah - utk murid bkeperluan khas).

Persoalan - mampukan sekolah melaksanakan PBD, PAJSK, PPSI dan PASR sebagai elemen meningkatkan potensi INDIVIDU murid dan dalam masa yang sama melaksanakan DSKP dgn berpuluh2 elemen berikut?

Enam tunjang DKSP
1. Komunikasi
2. Sains dan Teknologi
3. Perkembangan Fizizkal dan Estetika
4. Ketrampilan diri
5. Kemanusian
6. Kerohanian, sikap dan nilai

Tiga domain kandungan standard
1. Pengetahuan
2. Kemahiran
3. Nilai

Enam pendekatan inkuiri:
1. pembelajaran berpusatkan murid
2. konstruktivisme
3. pembelajaran kontekstual
4. pembelajaran berasaskan masalah
5. pembelajaran masteri
6. strategi dan kaedah yang berkaitan.

Sembilan kemahiran pemikiran kritis
1. Mencirikan
2. Membandingkan dan membezakan
3. Mengumpulkan dan mengelaskan
4. Membuat urutan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menganalisis
7. Mengesan Kecondongan
8. Menilai
9. Membuat kesimpulan

Sepuluh kemahiran pemikiran kreatif
1. Menjana idea
2. Membuat hubungkait
3. Membuat inferens
4. Meramalkan
5. Mengitlakkan
6. Membuat gambaran mental
7. Mensintesis
8. Membuat hipotesis
9. Menganalogi
10. Mereka Cipta

Tiga Strategi berfikir
1. Mengkonsepsi
2. Membuat keputusan
3. Menyelesaikan masalah

Dua belas kemahiran proses sains
1. Memerhati
2. Mengelaskan
3. Mengukur dan menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramalkan
6. Berkomunikasi
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsir data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pembolehubah
11. Membuat hipotesis
12. Mengeksperimen

Lima kemahiran manipulatif
1. Mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul.
2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
3. Melakar spesimen, bahan, peralatan sains dengan tepat.
4. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
5. Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul

Enam Kemahiran berfikir aras tinggi
1.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

2.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

3.
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

4.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

5.
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.

6.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.

Dua belas Sikap saintifik dan nilai murni
1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
3. Luwes dan berfikiran terbuka
4. Rajin dan tabah menjalankan / menceburi sesuatu perkara
5. Sistematik, yakin dan beretika.
6. Bekerjasama
7. Bertanggungjawab ke atas diri, rakan serta alam sekitar.
8. Ikram
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
11. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
12. Menyedari sains salah satu cara untuk memahami alam.

Sembilan Kemahiran Abad 21 (PAK21)
1. Berdaya tahan
2. Mahir berkomunikasi
3. Pemikir
4. Kerja Sepasukan
5. Sifat ingin tahu
6. Berprinsip
7. Bermaklumat
8. Penyayang / prihatin
9. Patriotik

Lapan Elemen merentas Kurikulum EMK
1. Bahasa
2. Kelestarian Alam Sekitar
3. Nilai Murni
4. Sains dan Teknologi
5. Patriotisme
6. Kreativiti dan Inovasi
7. Keusahawanan
8. ICT

Dan yang berikut, dah tak larat dah aku nak tulis...

Empat tahap standard proses sains
Tujuh langkah penyiasatan saintifik
Lima tahap penguasan standard prestasi...

Memang mudah 'pakar' menyenaraikan apa sahaja tetapi melaksanakannya adalah perkara berbeza. Apa jaminan penambahbaikkan akan melibatkan semua aspek ini, bukan sekadar menambah lagi senarai panjang di atas.
Be realistik.

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...