.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1433 : 116 nilai dalam DSKP..


Dalam proses melaksanakan DSKP... ada konsep 'unpack curriculum' utk dijadikan learning outcome. Berikut aku buat skit unpack DSKP dari aspek afektif... dalam bentuk senarai, tak mampu nak sampai bentuk learning outcome...

A. Enam tunjang DKSP
1. Komunikasi
2. Sains dan Teknologi
3. Perkembangan Fizizkal dan Estetika
4. Ketrampilan diri
5. Kemanusian
6. Kerohanian, sikap dan nilai

B: Tiga domain kandungan standard
1. Pengetahuan
2. Kemahiran
3. Nilai

C: Enam pendekatan inkuiri:
1. pembelajaran berpusatkan murid
2. konstruktivisme
3. pembelajaran kontekstual
4. pembelajaran berasaskan masalah
5. pembelajaran masteri
6. strategi dan kaedah yang berkaitan.

D: Sembilan kemahiran pemikiran kritis
1. Mencirikan
2. Membandingkan dan membezakan
3. Mengumpulkan dan mengelaskan
4. Membuat urutan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menganalisis
7. Mengesan Kecondongan
8. Menilai
9. Membuat kesimpulan

E: Sepuluh kemahiran pemikiran kreatif
1. Menjana idea
2. Membuat hubungkait
3. Membuat inferens
4. Meramalkan
5. Mengitlakkan
6. Membuat gambaran mental
7. Mensintesis
8. Membuat hipotesis
9. Menganalogi
10. Mereka Cipta

F: Tiga Strategi berfikir
1. Mengkonsepsi
2. Membuat keputusan
3. Menyelesaikan masalah

G: Dua belas kemahiran proses sains
1. Memerhati
2. Mengelaskan
3. Mengukur dan menggunakan nombor
4. Membuat inferens
5. Meramalkan
6. Berkomunikasi
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
8. Mentafsir data
9. Mendefinisi secara operasi
10. Mengawal pembolehubah
11. Membuat hipotesis
12. Mengeksperimen

H: Lima kemahiran manipulatif
1. Mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul.
2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
3. Melakar spesimen, bahan, peralatan sains dengan tepat.
4. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
5. Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul

I: Enam Kemahiran berfikir aras tinggi
1.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

2.
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

3.
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

4.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

5.
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.

6.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.

J: Dua belas Sikap saintifik
1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
3. Luwes dan berfikiran terbuka
4. Rajin dan tabah menjalankan / menceburi sesuatu perkara
5. Sistematik, yakin dan beretika.
6. Bekerjasama
7. Bertanggungjawab ke atas diri, rakan serta alam sekitar.
8. Ikram
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
11. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
12. Menyedari sains salah satu cara untuk memahami alam.

K: Sembilan Kemahiran Abad 21 (PAK21)
1. Berdaya tahan
2. Mahir berkomunikasi
3. Pemikir
4. Kerja Sepasukan
5. Sifat ingin tahu
6. Berprinsip
7. Bermaklumat
8. Penyayang / prihatin
9. Patriotik

L: Lapan Elemen merentas Kurikulum EMK
1. Bahasa
2. Kelestarian Alam Sekitar
3. Nilai Murni
4. Sains dan Teknologi
5. Patriotisme
6. Kreativiti dan Inovasi
7. Keusahawanan
8. ICT

Dan yang berikut, aku hanya mampu naytakan sahaja, cerakinkanlah sendiri.

M. Empat tahap standard proses sains
N: Tujuh langkah penyiasatan saintifik
O: Lima tahap penguasan standard prestasi...

Dan nilai-nilai yang juga ditekankan...
P: Toleransi / nilai sejagat
Q: Nilai moral / sivik
R: Nilai beragama
S: Sivik
T: Semangat kesukanan
U: Keusahawanan
V: Kepatuhan peraturan jalanraya
W: Pengurusan Kewangan
X: Kitar semula / teknologi hijau / lestari
Y: Nilai merentas budaya
Z: TVET

Fuhhh... cukup A-Z .... ada sekurang2nya116 aspek yang sebahagiannya secara explisit ditulis dalam DSKP dn sebahagiannya secra implisit... mungkin ada lagi yang aku tak larat dah nak unpack.

OT
Foto - macam nilah kalau 116 orang ... LEMAS !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...