.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1387 : Adakah aku yang terkhilaf?


1. Bengkel di Penang semalam aku dapat banyak persoalan. Seorang jurulatih untuk guru prasekolah mendatangi aku. Kajiannya menggunakan satu model kit sains untuk generate minat terhadap sains. Pertemuan dgn SV sungguh membengongkan beliau kerana:
a. SV pertama minta dia dapatkan teori utk kajian kuantitatif
b. SV kedua minta dia buat kajian experimental pre-post
c. Pihak jabatan cadangkan pulak SV ke3 dari fakulti sains, kerana kajian menggunakan kit sains... adoi.


2. Aku yang mendengar terus terkejut macho... masakan kajian terhadap kanak-kanak 4-5 tahun nak dibuat kajian kuantitatif dan nak buat apa diimport SV dari fakulti sains? Ini bukan kajian sains tetapi kajian reaksi dan komunikasi kanak2 terhadap kit sains. Tajuk kajian yang telah dibincang siap dgn IV dan DV... sah kajian kuantitatif.

3. PG tersebut sendiri tak tahu nak mula kat mana, nak buat soalan pre-test macamana, dan apa pulak teori nak guna.. sedang sepanjang dia menjadi jurulatih dan guru prasekolah, anak-anak ini hanya boleh lukis gambar sahaja. Lalu timbullah istilah 'saya ni mentimun'.. abis nak buat camner?

4. Ketahuilah...
Kajian yang melibatkan kanak-kanak yang belum mahir membaca dan menulis atau menjelaskan sesuatu hanya sesuai dgn genre kajian kualitatif dgn observation sebagai prominent design.

5. Aku tidak faham, kenapa situasi ini wujud sehingga PG tertekan (aku jadi tempat mengadu). Sebagai SV, tidak perlulah mengambil PG utk kajian yang kita tidak ada kepakaran sampai menyusahkan mereka.

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...