Itulah mentalitinya..
Kisah nukilan ibu Syamil dlm status aku semlm telah dikongsi lebih 800++. Knp?
1. Kita semua ada satu mentaliti yg telah mengakarumbi yg bjaya dibentuk utuh oleh KPM sekian lama - hanya bil. As tumpuan sbg indikator cemerlang kpd murid.. ibubapa.. guru.. HM.. sekolah.. PPD... JPN.. Maka tak hairan klu SBP digilai bagai mahligai kerana disitulah diasingkan murid 'cemerlang' utk menghasilkn sebanyak mungkin As ! Ada anak yg belajar di SBP pun dah jadi satu kejayaan...
2. Kita tak pernah sedar... bahawa negara bukan dibangunkn dgn As ini. Anak yg tidak dapat deretan As bukan anak yg 'bongap' tapi anak yg ada potensi yg lain. Anak yg gifted.. mudah dapat As.. majoriti mereka anak yg fokus... mudah mdengar kata.. dan mereka dibelai disekolah dan disayangi guru.
3. Anak yg struggle utk mdpt byk As inilah yg mjadi majoriti disekolah yg perlu mdpt LEBIH phatian. Tapi ini spt tidak blaku sejak sekian lama. Pemulihan awal juga spt tidak blaku. LINUS ? Ramaj yg late bloomer.. tercicir diawal2 persekolah.
4. Semua ini mbentuk minda kita.. termasuk minda guru sendiri yg malu dan kecewa dgn ank tanpa As... yg nnti xjadi engineer atau doctor. Bukan anak2 tapi kitalah yg dewasa ini yg bersalah.
5. FPN yg bertunjangkn 'pembangunan potensi individu' murid tidak begitu realisasinya. Aku secara peribadi malu bila sekolah sediakn plakad straight As dan kumpulkn anak2 memegang plakad ni utk ditayangkan kpd umum... satu yg menghiris perasaan aku... wpun aku sendiri ada anak yg straight As disekolah malah menjadi pelajar terbaik IPTA. Cukuplah ia menggembirakn ibubapa ... guru.. tanpa perlu ditayang2 serata alam...
6. Aku sering berkata... pentingnya Tahap 1 utk mbina persediaan anak2.. mengenalpasti kelemahan diawal psekolah. Ada tak kita buat kajian jurang murid terbaik dgn tercicir dan bagaimana nk rapatkn jurang ini? Sbg pendidik... aku rasa bersalah 'berkongsi kegembiraan' anak yg mdpt deretan As di SBP.. sdg majority anak2 yg lain yg sebaya struggled dgn bbagai kemelut dlm disadvantage accumulation.
7. Mmg mustahil utk semua anak2 dpt semua As... tetapi jurangnya perlu dikurangkan. Ini sebabnya aku sebut 'sekolah berprestasi tinggi adalah sekolah yg berjaya meningkatkn potensi dan pcapaian murid berprestasi rendah'.
8. Adakah dgn perubahan yg mula digerakkan KPM mulai 2019 akan mberi sinar baru? Kita doakn yg terbaik utk semua...
WaAllahualam...
OT
No comments:
Post a Comment