.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1406 : Second proposal defense !



Bro... aku kena second proposal defense !
Fikirkan rasional berikut....

Satu dunia menggunakan perkataan Proposal Defence, PD. Aku fikir aku sorang jer atas planet bumi ini yang beranggapan penggunaan perkataan PD bercanggah dengan maksud sebenar sesi tersebut di adakan... dan sering dimanipulasi sehingga sesi yang bermanfaat ini menjadi mimpi ngeri PG.

Aku lebih cenderung mengsyorkan penggunakan perkataan Proposal Presentation (PP) atau Proposal Hearing (PH) – mempersembahkan atau membentangkan atau memperdengarkan proposal setelah dipersetujui dan dibentangkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Penyeliaan.

Kenapa plak?
1. Sesi ini memberi peluang PG menyampaikan rangka / outline kajian anda secara ringkas bagi menunjukkan the flow of the study dari isu-problem-objective-RQ-procedure-analysis sertanya signifikannya kajian yg ingin dijalankan.
2. Proposal bersifat terbuka, hanya outline dan boleh diubah, tak ada sapa nak pertahankan apa2 dari komen2 yang diterima kerana sesi ini lebih berbentuk sharing.
3.Sesi pembentangan proposal adalah sesi ‘discussion’ malah mungkin juga ‘brainstorming’ untuk memantapkan idea dalam proposal PG
4. Tujuan sesi ini utk mendapatkan idea dari pelbagai pihak dan kepakaran yang ada difakulti / jabatan sendiri
5. Pihak jabatan / fakulti perlu menjadikan sesi ini satu synergy yang memberi manfaat kepada pemantapan proposal PG dan sekali gus MENAIKKAN MOTIVASI mereka
6. Komen / suggestion dll yang diterima dibawa balik kedalam Jawatankuasa Penyeliaan untuk dibincangkan semula dan keputusan terakhir terletak kepada Jawatankuasa Penyeliaan.
7. Tidak timbul perkataan Lulus PD…. Gagal PD atau Second PD sebab bagi aku ia sepatutnya bukan satu sesi ujian !

Mana bleh macam tu...

8. Tiada masalah utk tidak menerima pendapat aku. Tambahan aku jer yang berfikir macam ni... sebab kalau PG belum bersedia dgn asas proposal yang baik (sebelum di mantapkan dalam PD), jawatankuasa supervisory tak sepatutnya dibenarkan PG membentangkan proposal.

Fikirkan rasional ini..
9. Apa perlunya Jawatankuasa supervisory kalau proposal kajian PG ditentukan lulus atau gagal oleh pihak ke 3 ? Bukan satu ahli jawatankuasa tersebut tapi ada tiga semuanya, ada yang maqam tinggi melangit pun...

10. Baik tak payah ada jawatankuasa kalau masih lagi perlu kepada second PD, buang masa PG je. Tanpa jawatankuasa supervisory, boleh je PG rujuk pihak2 lain dan dgn segera membentang proposal. Tak yah nak tunggu 'jumpa gap dulu'... tukar2 tajuk dulu... namakan jawatankuasa yang sesuai dulu yang ada kepakaran dalam tajuk kajian, betulkan proposal berbulan2... menyiapkan punyalah tebal proposal kononnya biar sampai macam tesis... then tetap kena second PD. Buang masa betul.

Saja nak bagi tau..
11. Di Australia tiada proposal defense secara explicit malah obviously tiada VIVApun. Australia amalkan proposal presentation (banyak kali diadakan dalam jawatankuasa supervisory) dan examination for thesis (dinilai dan diperiksa oleh 2 external examiners). Ini bagi meletakkan kepercayaan dan weightage dan accountability kepada supervisory committee utk membimbing PG dari awal sampai akhir.

Wah boleh ke cam tu?

12. Jangan tak tahu.. ada 6 universiti di Australia berada dalam ranking 50 terbaik dunia. Dah beratus ribu pelajar Msia dan berjuta2 PG negara2 lain belajar ke Australia setiap tahun dan hampir TIADA pelajar Australia datang Msia.. melainkan adalah beberapa kot yang datang sekejap utk program pertukaran pelajar...

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...