.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1341 : Kalau anda dah memahami isi sesuatu artikel, tulis jer.. jgn le takut tak bertempat !



Mana awak ambik statement ni - boleh tunjuk kata saya?

Ada yang takut utk membuat paraphrase dgn pemahaman sendiri kerana bimbang ditanya oleh SV “mana awak dapat statement ni… boleh tunjukkan pada saya?”

Sebelum saya jawab…. baca dulu senario berikut, baca jgn tak baca:


Anda membaca satu artikel oleh Brunken (2003) bertajuk “Direct Measurement of Cognitive Load in Multimedia Learning”.

Terdapat satu statement yang dipetik oleh Brunken (2003) yang tertulis dalam artikelnya iaitu:

Contoh petikan:
“The complexity of any given content depends on the level of item or component interactivity of the material, that is, the amount of informational units a learner needs to hold in working memory to comprehend the information (Chandler & Sweller, 1996).

Contoh petikan ini diambil dari sumber:
Chandler, P., & Sweller, J. (1996). Cognitive load while learning to use a computer program. Applied Cognitive Psychology, 10, 151–170.

Katalah anda ingin mencari dimanakah contoh statement di atas yang telah dipetik dan diparaphrase oleh Brunken (2003) berada, lalu anda membaca keseluruhan artikel Chandler & Sweller (1996).

Percayalah anda TIDAK AKAN TEMUI mana-mana statement yang anda boleh tunjukkan secara khusus dalam artikel Chandler & Sweller (1996) yang merujuk khusus kepada contoh diatas yang ditulis oleh Brunken (2003).

Kenapa?

Ini kerana Brunken (2003) menggunakan adequate paraphrase dgn summarize pemahamannya dari keseluruhan artikel Chandler & Sweller (1996) menjadi satu statement yg ditulisnya tanpa perlu merujuk secara khusus kepada mana-mana statement dalam artikel.

Pertama:
Ketahuilah bahawa semua statement yang diparaphrase hanya diperlukan nama author dan tahun sahaja manakala tidak diperlukan page di tulis sebab statement tersebut lebih mewakili pemahaman anda dari keseluruhan artikel, tidak semestinya merujuk terus kepada satu2 statement yang khusus....

Kedua:
Ini berbeza dgn direct quotation yang apabila dipetik secara khusus maka diperlukan pages spt:

“CLT has become one of the fundamental theories used to describe the cognitive processes in learning with new technologies, such as multimedia environments or web-based instruction” (Chandler & Sweller, 1996, p. 123).


OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...