INTAN dan KACA...
Penat lah nak explain banyak kali.....
Bacalah penulisan paragraph berikut dan fikirkanlah cara anda menulis pulak... adakah spt Kaca (2018) atau Intan (2018). Bila baca semua utk faham apa yg bakal saya komen...
Contoh 1 - Author Kaca (2018)
Tumbuhan adalah organisma yang mempunyai kemampuan untuk membuat makanannya sendiri (T, 2001; V, 2007). Proses penghasilan makan ini dinamakan proses fotosintesis. Fotosintesis dengan ini boleh didefinisikan sebagai proses tumbuhan membuat makanan sendiri (A. 2013; C, 2005) untuk kelansungan hidup. Ini menjadikan fotosintesis satu proses yang penting kepada tumbuhan hijau dan organisma lain yang bergantung kepada tumbuhan hijau tersebut (E,2003; Z,2000).
Sementara itu, F(2005) menambah bahawa tumbuhan hijau yang terlibat akan mati jika tidak mendapat karbon dioksida, air dan matahari. Jadi, sejumlah matahari diperlukan untuk tumbuhan hijau membuat makannya sendiri (F, 2010; Y, 2002). Menurut pendapat G(2006) dan W(2000), fotosintesis adalah proses yang sangat penting bukan sahaja untuk kelansungan hidup, tetapi juga memberikan makanan kepada haiwan. Haiwan yang memakan tumbuhan akan mendapat tenaga untuk hidup. Jadi, tumbuh-tumbuhan memerlukan makanannya sendiri untuk terus hidup disamping memastikan bekalan makanan untuk organisma lain(F. 2006; H, 2011: G,2002)
(133 words - 13 citations)
Contoh 2 - Author Intan (2018)
Fotosintesis adalah proses biokimia pembuatan makanan oleh tumbuhan hijau (X, 2000) yang berlaku pada bahagian sel yang dinamakan kloroplas (W, 2007). Kloroplas pula mengandungi pigmen hijau (E, 2003) yang dipanggil klorofil. Seorang botanist, R(2003) telah menamakan tumbuhan hijau sebagai organisma autotrof kerana kemampuan membuat makanan sendiri. Makanan ini membekalkan tenaga untuk pertumbuhan, pengeluaran bunga, buah dan biji benih (E, 2004).
Selain klorofil, proses penghasilan makanan memerlukan cahaya matahari (B, 2002), karbon dioksida (C, 2004) dan air (D, 2002). Berikut adalah tindak balas asas fotosintesis (X, 2000, ms 122):
6CO2 + 12H2O ---> C6H12O6 + 6O2 +6H2O
Satu kajian oleh W(2003) mendapati oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun. Maka dengan itu, proses fotosintesis secara langsung terlibat dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara untuk kelansungan organisma.
(133 Words - 9 citations)
Komentar:
Walaupun kedua-dua contoh mempunyai bilangan perkataan yang sama, tetapi kandungan contoh 1 adalah surface dan trivial serta berulang2, hanya ditambah citation baru. Contoh 2 menunjukkan dgn lebih jelas proses yang berlaku dan kepentingan fotosintesis.
Apa yang banyak ditulis dalam tesis dan artikel adalah spt contoh tulisan Kaca (2018) menjadikan argumen anda cetek, menggambarkan tahap pemahaman anda yang surface... harapkan citation jer banyak tapi tidak terserlah kekritisannya !
OT
No comments:
Post a Comment