1. Aku sering berkata…. Jgn kisah major ataupun minor correction… yang penting anda lulus for graduation….
2. Semua impikan lulus at least dgn minor.... Namun setelah berhempas pulas..... memastikan thesis tip top.... namun sesuatu yang lazim, calon lulus dgn major correction. Jika terjadi kepada anda, anggaplah ini satu proses dalam menjadikan anda independent researcher yang lebih competent...... malah ini bukan sesuatu yang patut dimalukan
3. Bersyukurlah dan ucapkan terima kasih kepada panels. Setelah sekian lama ding dong akhirnya thesis anda dinilai dan diberikan “sentuhan terakhir” dgn “major correction” samada anda mahu ataupun tidak. Ingat…. Hampir 100% pelajar yang dapat “major correction” berjaya membuat pembetulan…. menghantar thesis dan akhirnya graduated…..dgn gelaran Dr…. mungkin termasuklah SV anda sendiri ketika dia jadi PG dulu... yg kini dah pun jadi Prof…..
Kenapa anda tak perlu panic?
4. Ini kerana viva bukan exam MCQ... viva tak ada skema markah yang explicit.... keputusan akhir sgt bergantung kpd “siapa” yang menjadi panel. Sering terjadi bila panel bertemu dlm sesi viva…panel A kata begini, panel B kata begitu dan pengerusi kata begini dan begitu. SV pulak tak boleh berkata2 hanya membatu....
5. Apa yang pasti… panel yang juga examiner akan mencari kelemahan thesis anda utk dimantapkan… dan jika berakhir dgn major correction…..tenang kerana penantian anda semakin hampir kegarisan penamat. Jgn xtahu... ramai juga panel 'sengaja' bagi major utk bagi masa secukupnya utk correction.
6. Ini langkah terakhir yg perlu akan lakukan...
a. Dapatkan penjelasan sejelas2nya ketika anda dimaklumkan keputusan tersebut. Penjelasan dari mulut panel akan memberikan anda lebih pemahaman, aspek apa yang perlu dibetulkan dan apakah expectation panel dari pembetulan tersebut
b. Pastikan anda mendapat laporan bertulis secepat mungkin supaya “tak lupa” apa yang telah ditegur oleh panel. Kalau lambat, follow up cepat !
c. Segera berbincang dgn SV bagi mendapatkan kepastian akan pembetulan tersebut. Terdapat cadangan pembetulan yang “bukan crucial” dan hanya bertaraf “cadangan” sehingga boleh sahaja diabaikan…
d. Segera publish artikel terbaharu wpun anda telah memenuhi syarat penerbitan artikel utk bergraduate
e. Jgn honeymoon plak sampai terlansung waktu utk correction..
7. Jadi.... segeralah siapkan thesis anda.....lebih baik selepas 3 tahun berhempas pulas menulis dapat MAJOR Correction berbanding selepas 5 tahun nak sempurnakan segala2nya tetapi akhirnya pun dapat MAJOR Correction jugak !!
8. Namun anda perlu lakukan penulisan thesis dgn sistematik terlebih dahulu dgn memastikan tiada kesalahan design dan analisis. Jika ditakdirkan dapat juga major correction juga... bersyukurlah.
Aku dulu dapat minor correction, dalam 3 hari dah siap. Salah seorang supervisee aku dapat 60 hari major correction, tak sampai 10 hari dah siap correction...
OT
No comments:
Post a Comment