.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Thursday, May 16, 2019
Tajuk 1326 : Cronbach alpha tinggi tapi qnaire tidak ukur apa-apa..
Pembinaan item qnaire, mestilah mengukur sesuatu konstruk dan dpt membezakan responden. Katalah sebagai contoh anda membina set qnaire dgn skala berikut: (1) STS hingga (5) SS utk mengukur construct “amalan penulisan artikel” dgn contoh dummy item berikut:
Contoh:
Item 1= Meletakkan nama penyelia sebagai pengarang pertama dalam artikel yang ditulis oleh pelajar adalah tidak beretika
Item ini sangat mudah kerana majoriti responden akan pilih perbuatan itu salah dgn majoriti dijangka "dgn mudah" akan menjawab 5. Ini bermakna item ini tidak dapat membezakan responden jika semua menjawab “5”.
Item 2= Meletakkan nama sebagai pengarang pertama dalam artikel yang ditulis oleh pelajar memudahkan kenaikn pangkat
Responden yang menjawab “5: Sgt bersetuju” dalam Item 1 iaitu “sangat setuju tidak beretika meletakkan nama pertama dalam artikel milik pelajar” juga boleh boleh bersikap bersetuju atau tidak bsetuju dgn Item 2.. bermakna item ini lebih baik dari item 1 utk membezakan responden.
Item 3= Saya menggunakan kedudukan untuk meminta pelajar menulis nama saya sebagai pengarang utama dalam artikel mereka.
Pada tahap ini responden perlu berterus terang akan tingkah lakunya….. tidak spt item 1 dan 2 yang umum sahaja dgn mana responden boleh pejam sebelah mata sebab tak perlu berterus terang (jika dia jujur). Item 3 adalah item yang dapat membezakan responden (jika dijawab dgn jujur). Item beginilah yang jarang terdapat dalam qnaire….
Sebab itulah item jenis 1 di atas yang banyak dalam qnaire, akan mendapat nilai Chronbach alpha yang tinggi juga sebab semua responden jawab semacam ker... (spt foto).. sedang semua item tidak mengukur apa2 pun. Tentu sedih melihat qnaire yang dibarisi oleh ramai 'expert' tapi item-itemnya spt item 1 yg bbentuk umum...
Atas alasan inilah analisis spt Rasch didambakan utk hasilkan qnaire yang valid...
Tak faham? Tak apalah... nak buat cam ner..
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment