Ini contoh yang diajar dalam topik 'pencarian gap' kelas Research Methodology disebuah IPTA. PG ini cuba mendapatkan 30 artikel, lalu meringkaskan spt foto. Terdapat satu column 'GAP' yang cuba menyenaraikan apa yang 'TIDAK' diberikan fokus / perhatian dalam kajian .. spt yang dipelajari dalam kelas RM tersebut. supaya menepati maksud GAP atau kelompong.
PG tersangkut kepada artikel #2 kerana dah tak boleh figure out apa yang 'TIDAK' ada dalam kajian tersebut. Ada lagi 28 artikel utk dilakukan seperti itu. Fuhhh....
Persoalan 1:
Kenapa PG perlu cari 'APA YANG TIADA' dalam setiap artikel kajian lepas, sedang mereka patut fokus kepada 'APA YANG DIBUAT' dan menjustifikasikan semua aspek terbaik yang dibuat utk diaplikasi / dimodifikasi/ ditambahbaik / dikombinasi dll pula dalam kajian sendiri.
Persoalan 2:
Bayangkan banyaknya masa terbuang utk fikirkan dan tulis senarai 'APA YANG TIADA' aka 'GAP' atau kelompongan sedang ia tak bawa apa2 maknapun kepada kajian yang nak dilakukan.
Bila saya kemukakan status saya dgn isu GAP, ada pula yang kata GAP itulah masalah yang dicari. Apa bendanya masalah... sedang gap itu disebut kelompongan, yang tak dibuat lagi. Masalah bukan kelompongan lah....
OT
No comments:
Post a Comment