'Citing' dan 'Cited' utk fahami dan formulasi isu / masalah / pernyataan masalah secara interconnected dlm bidang anda.
Mencari literature utk mengetahui isu / masalah yg boleh terus dikaji semakin cepat dgn Mendeley, menjadikan proses menyediakan proposal makin mudah (bukan short cut).
Pertama:
Mulakan dengan keywork utama dalam kajian yang anda nak lakukan spt “big data” (Education) atau “risk management” (Business), "breast cancer" (Psychology / Therapy), multimedia (Sc. Education), injury (Sport science) diikuti dgn publication name, years and authors.
Kedua:
Kenalpasti jurnal popular high impact, contoh bidang kajian “multimedia in Science Education”. Mendeley boleh sahaja membantu anda melicinkan proses pencarian ini. Ini contoh 2 jurnal tersohor dgn IF dan quartile yang tertinggi dalam Sc. Education.
a. Science Education (Q1, IF > 3) – popular dgn artikel high impact dalam Science Education
b. Learning and Instruction (Q1, IF > 3) – popular kerana banyak artikel high impak sifu dihantar disini spt Mayer, Moreno, Kalyuga dan Sweller.
Ketiga:
Mulakan dgn beberapa artikel (3 pun ok, kalau ada 30 perghh…. itu dah terlampau ok) dgn syarat artikel dari jurnal high impact terkini yang paling releven dgn minat anda .. katakan dari 2016 – 2018
Bagi artikel terkemudian – anda boleh lakukan pencarian kehadapan (citing) iaitu 2016 ke 2018.
Bagi artikel terkini – anda boleh lakukan pencarian kebelakang (cited) iaitu 2018 ke 2016 dan terkemudian.. jk perlu.
Keempat:
Cited – proses pencarian kebelakang ini paling mudah kerana pembacaan anda kepada argument2 terkini yang dipetik (cited) akan membawa anda kepada artikel2 yang lebih terdahulu. Saya namakan ini juga sebagai snowball. Tugas anda hanyalah menyenaraikan artikel2 yang dominant, ditulis oleh sifu atau author tersohor (selagi boleh), dalam jurnal high impact yg mengupas isu / masalah yg skopnya hampir sama.
Kelima:
Citing – proses pencarian kehadapan dilakukan dari artikel yang lebih kebelakang. Semasa membuat pencarian kebelakang (cited), katalah artikel 2014 dan 2015 anda akan menjumpai dan diperkenalkan dgn theory, nama2 authors, jurnal atau sebarang indicators yang membolehkan anda mencari artikel kehadapan 2017 dan 2018 pula berdasarkan indicator2 tersebut yg bkaitabn isu / masalah dlm skop yg sama
Keenam:
Semua proses di atas mudah dilakukan dgn fungsi search (glass magnifier) Mendeley apabila anda membuka All Documents (My Library dalam Mendeley). Ini akan menjadikan semua maklumat terkait (interconnected) antara satu sama lain walaupun dari pelbagai author, context dan tahun yang berbeza. Semua ini memudahkan anda utk memahami perkembangan thdp isu / masalah yang sedang berlaku dalam bidang yang dikaji utk anda lalukan extension of knowledge ... malah kerja2 penulisan akan menjadi sangat menarik.. tertarik dan kebooom !!
Ketujuh:
Bila pembacaan anda interconnected... maka anda tahu perkembangan sesuatu isu / masalah dlm skop kajian anda dgn lebih JELAS... maka anda boleh proposed 'What else need to be studied' ... bukannya cari yg KABUR... yg dinamakan gap..
OT
No comments:
Post a Comment