Jom kongsi..
STRATEGY, APPROACH, METHOD, TECHNIQUE..
Perhatikan perkataan huruf besar yang terdapat dalam thesis pelajar berikut, mana satu yang betul?
1. This study uses a quantitative STRATEGY for ….
2. This study uses a quantitative APPROACH which....
3. A quantitative METHOD used in this study….
4. Alternatively, this study will use a quantitative TECHNIQUE …
Meh aku explain skit...
STRATEGI adalah sesuatu gagasan umum sahaja. Bagi mencapai gagasan tersebut, anda boleh memilih APPROACH (pendekatan) kualitatif ataupun kuantitatif ataupun kedua2nya (mixed).
Kemudian anda memperincikan lagi dengan memilih METHOD (kaedah / reka bentuk / design) samada eksperimen, survey, ethnography, grounded dll.
Katakan anda memilih METHOD grounded theory…. anda perlu memperincikan TECHNIQUE (juga disebut prosidur / steps ) kajian yang anda gunakan.
Contoh 1 (Qualitative): Isu menangai gejala dadah
1. Research Strategy
Kerajaan mempunyai strategi bagi menangani gejala sosial seperti remaja PPRT dan dadah
2. Research Approach
Maka qualitative approach paling sesuai utk memahami gejala remaja PPRT dan dadah secara mendalam
3. Research Method (design)
Oleh itu ethnography method / design dipilih kerana bersesuaian dgn kajian kelompok remaja PPRT
4. Research Technique (procedures / steps)
Kajian akan menggunakan teknik observation, field notes, interview (yg dibincangkan perlaksanaannya secara detail) bagi menjawab semua persoalan kajian.
Contoh 2 (Quantitative): Isu keberkesanan animasi dalam pendidikan sains
1. Research Strategy
Salah satu strategi meningkatkan pemahaman sains di Malaysia adalah dengan mengkaji keberkesanan animasi
2. Research Approach
Quantitative approach bagi menganalisis data dari pre-post test
3. Research Method (design)
Pre and post test experimental design (method) untuk mengukur keberkesanan animasi
4. Research Technique (procedures / steps)
Teknik ekperimental ini melibatkan pemilihan sampel rawak, divided into control and experimental groups, laksanakan pre-test… treatment.... post test, then..compare gained scores...... bla..bla.
Jadi gunakanlah kesemua istilah tersebut betul pada tempatnya…
OT
No comments:
Post a Comment