.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1333 : Kenapa TAK AKAN ADA PG berstatus GAGAL dan diberhentikan ?


Saya menulis sekadar memberi pandangan.. maklumlah orang kecik macam saya ni tiada apa2 selain idea2 utk dikongsi dan difikirkan bersama. Gagal dan diberhentikan bermakna, tiada lagi peluang untuk diterima sebarang pembetulan...

Pada hemat saya, hanya dua keadaan sahaja tesis PG yang telah diluluskan untuk disemak oleh panel / examiners boleh berstatus GAGAL dan diberhentikan:
1. dikesan dan disahkan ada unsur plagiarism
2. dikesan dan disahkan ada unsur manipulasi data


Jika tesis yang dah diluluskan oleh SV utk semakan examiners didapati:
3. Tidak mencapai tahap master / PhD
4. Ada kesalahan dalam analisis
5. Perlukan LR yang lebih mendalam
6. Perbincangan yang masih dangkal
7. Objektif yang tidak jelas dll yg sewaktu dgnnya

Maka... ia boleh berstatus major, minor atau gagal. Gagal disini bermakna resubmission, bukan gagal dan diberhentikan.. Ia spt bermakna gagal mencapai tahap atau gagal menunjukkan analisis yang betul. Oleh kerana data mentah tetap ada, maka PG diberikan peluang dalam satu tempoh utk membetulkan semula tesis tersebut spt minor (3 bulan), major (6 bulan) dan resubmission / gagal (12 bulan). Tapi klu silap method spt data collection (lazim blaku klu panel beza school of thought) kenalah collect data baru... yg ini agak menyakitkan 😊

Status tesis resubmission / gagal dlm kes spt ini tidak boleh menyebabkan PG diberhentikan kerana sebelumnya setiap progress telah diluluskan oleh SV, termasuk lulus PD... Ini bermakna, PG percaya hasil kerjanya diverifikasi oleh SV tetapi masih gagal meyakinkan exminers. Oleh itu peluang kedua mesti diberikan kepada PG.

Last sekali saya nak habaq... kalau bukan kes 1 dan 2.. takkan ada PG yang hantar tesis fail dan terminate... semua boleh jer lulus selepas correction atau resubmission.. so awatlah hangpa tak hantar2 tesis hangpa?

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...