1. Berikut pendapat mereka yang berfahaman GAP:
“Since identifying a research gap is such a vital part of research, you need to allow enough time for it. It will take a lot of reading to identify a gap that has not been studied enough, incomplete, inadequate, inconclusive, or underdeveloped from literature (read – previous studies). Some research articles also include a short section on ‘suggestions for future research but limit yourself to more recent articles in the field”.
2. Anda tahu apa maksud pernyataan di atas?
a. Tanpa gap tiada research – maka mulut mereka tak lekanglah bertanyakan “Where is your gap”.. “I cant see you gap”
b. Masa lama diperlukan utk cari gap - kalau sekejap maknanya tak dalam lah gap tersebut, kalau 1st sem dah dapat tajuk... itu mesti tak cari gap betul2...
c. Melibatkan bacaan yang banyak - disinilah datangnya seruan baca.. baca.. baca ratusan artikel...
d. Gap ada pada ‘suggestion for future research’ – ha ha tak malulah pulak ambil suggestion orang lain, carilah sendiri dari bacaan ratusan artikel
e. Artikel plak mesti cari yang latest – latest? Alamat tak jumpa gaplah jawabnya.
3. Maka lima perkara di atas inilah yang melumpuhkan sistem logik berfikir PG.. melemahkan motivasi mereka... mengkaburkan pandangan mereka dan menggelapkan cahaya dihujung terowong..
4. Gap dicari yang kononnya bagi mendapatkan satu aspek yang dikatakan incomplete, inadequate, inconclusive, or underdeveloped from literature (read – previous studies). Ini bermakna, kajian2 lepas yang mendakwa itu dan ini rupanya masih incomplete, inadequate, inconclusive, or underdeveloped. Jadi, kenapa plak anda yang perlu cari apa yang incomplete, inadequate, inconclusive, or underdeveloped tersebut?
Adakah kajian anda juga akan termasuk dalam kategori incomplete, inadequate, inconclusive, or underdeveloped oleh kajian selepas anda?
5. Maka atas alasan tersebutlah aku (wpun berkeseorangan) percaya kalau kita nak buat research… inilah soalan yang kita nak kena jawab, bukannya mencari gap:
Why this study / research is needed ?
6. Kajian kita diperlukan BUKAN kerana ada kajian2 lepas itu incomplete, inadequate, inconclusive, or underdeveloped, tetapi kajian dibuat kerana wujudnya masalah semasa yang boleh diselesaikan sebahagiannya dgn teori yang appropriate dari kajian2 terkini yang dibaca, atau dgn munculnya teknologi baru, adanya pengetahuan yg lebih baik tentang research design yang juga berkembang dari kajian2 lepas, termasuk analisis yang lebih comprehensive. Inilah yang lebih logik untuk contribution to knowledge kerana kajian kita memenuhi keperluan semasa – inilah yang VITAL... bukan gap.
7. Jika anda cuba melengkapkan yang incomplete in previous studies (kalau betullah anda boleh lakukannya), belum tentulah ia sesuatu yang penting malah berkemungkinan tak significant pun utk publication. Kalau anda percaya kepada istilah gap bermakna kajian anda juga akan dilihat sebagai incomplete, inadequate, inconclusive, or underdeveloped oleh researchers yang lain.
8.Pemahaman gap ini jugalah yang menjadi penghalang kepada curiosity, creativity dan innovation yang penting bagi seorang researcher… maka jgn hairanlah PG yang terkena badi GAP akan berpusing2 mencari GAP !
OT - bunga putih utk fanatik gap
No comments:
Post a Comment