.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1339 : Adakah bila survey level doctorate jer mesti mengambil sample seluruh negara?




Berkata-kata seorang calon doctorate:
"Dalam kajian survey, saya ambil sample pelajar IPTA di Lembah Kelang saja tapi saya suruh ambil sample meliputi IPTA seluruh negara…. satu Malaysia….dgn alasan saya buat PhD... kalau lembah Kelang jer baru level degree...then saya diminta alasan “Apa sebab ambil lembah Kelang jer…. ada rujukan ker? Perghh.... rasa nak runtuh langit atas kepala saya ni ... tak tahu apa nak jawab !! "

Satu persoalan asas disini - Adakah bila survey level doctorate jer mesti mengambil sample seluruh negara?


Sapa nak jawab ni?

Jika target population terlalu luas.... wpun itu adalah suatu yg IDEAL... sampai satu Msia, anda masih ada accessible population, sudah memadai dgn memastikan sample yang diambil dari accessible population adalah representative kpd target population.

Kalaulah pelajar PhD nak buat survey jer mesti mengambil sample dari seluruh populasi... bertuahlah pelajar Brunei yang negeri kecik dan populasi sedikit…. berbanding dengan Malaysia. Bagaimana dgn pelajar di US…. takkan mungkin sorang pelajar akan cover populasi seluruh US dgn 50 negeri dan >600 IPTA ! Ishkkkhhh !!

Jadi pelajar dgn kekangan budget, masa dan manpower, sukar dpt kerjasama utk dptkn sampling frame.. apatah lagi buat research yg bersifat academik, tentu bukan semestinya jadi kewajipan mutlak utk mendapatkan sampel dari target population seluruh Malaysia maka keutamaan adalah mencari sample yang representative dari accessible population dgn syarat ia dianalisis secara advanced dan rigourous sesuai dgn tahap doctorate.

Maka isu representativeness dan pemilihan accessible population ini sangat penting.

Jika 5 IPTA di Lembah Kelang boleh represent 15 IPTA lain seluruh Malaysia dlm aspek yg dikaji.. taklah sampai dimestikn ambil sample sampai seluruh negara. Jadi focus kan aja kepada Lembah Kelang. Rasionalnya mungkin syarat kemasukkan pelajar ke IPTA hampir sama melalui UPU misalnya, maka populasi sample IPTA di Lembah Kelang akan representative populasi IPTA seluruh negara.

Abis ada rujukan ker?

Author dalam artikel berikut menyatakan pentingnya memilih accessible population yang mempunyai ciri-ciri tidak berbeza dengan target population.

Cooper, H. M. (1982) ‘Scientific Guidelines for Conducting Integrative Research Reviews’, Review of Educational Research, 52(2), pp. 291–302

Kalau ada yang kata... artikel di atas tu dah lama.... maybe baik juga dia sendiri tulis artikel yang baru utk menyatakn knp perlu ambil artikel seluruh populasi supaya dapat dijadikn rujukan bersama..

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...