.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1315 : Cara PG menulis..


Sila baca 2 petikan berikut. Kalau malas nak baca sampai abis, baik tak payah baca lansung...

1. Ini cara PG menulis:
Menurut Jonassen (2002), pelajar yang didedahkan dengan aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk terus belajar. Cockcroft (2004) pula dalam kajiannya mendapati bahawa penggunaan komputer mampu memperbaiki kualiti pengajaran sesuatu mata pelajaran. Sementara itu Zuhaira, (2007) dalam satu kajian lain pula menyatakan bahawa pengajaran yang berasaskan kepada permainan komputer mampu meransang domain afektif pelajar.


2. Ini cara sepatutnya ia ditulis:
Pengajaran berasaskan komputer berpotensi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Pengajaran berasaskan komputer juga dapat meningkatkan motivasi pelajar (Jonassen, 2002) dan kualiti pengajaran (Cockcroft, 2004) bagi mata pelajaran yang diajar. Selain daripada itu, pengajaran berasaskan komputer bukan sahaja mampu meransang domain kognitif tetapi juga berupaya meransang domain afektif (Zuhaira, 2007) pelajar semasa mempelajari konsep-konsep sains.

Komentar - Cara #1 tidak sesuai kerana:
- meringkaskan kajian lepas
-. istilah tak konsisten spt 'pengajaran yang berasaskan komputer' atau 'penggunaan komputer' atau 'permainan komputer' ?
- ayat tidak ditulis dalam konteks kajian sendiri
- where is the author's voice ?

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...