1. PhD / master dikatakan sebagai “program to prepare candidate to do an original research”. Istilah "original" ini sgt crucial tetapi aku percaya tidak sampai pemahamannya kepada calon PhD / Master.
2. Ada IPTA yang membekalkan buku “Gaya Penulisan Tesis” yang cukup detail, dgn titik dan comma kpd PG.. tetapi PG tak difahamkan maksud original sedetail format penulisan tesis tersebut yang di tukar sana skit sini skit sehingga dah berbelas2 versi diterbitkan. Malah klu silap sikit ukurannya kenalah betulkn dan print semula... fuuhhh.
3. Lalu ada scholar berkata2 bhw original tu ‘a contribution to knowledge’ lalu ditanya, apa pula maksud “contribution” tersebut ?
Berkata2 pula sarjana lain…. original tu “new discovery” hasil dari “something that had not been done before”..... fuhhh amende lah "something" tu?
Tatkala originality masih kabur…. timbul plak soal novelty. Berkata2 lagi sarjana lain pula …. original tu adalah sesuatu yang novel…. maka yang kabur tadi bila sampai kepada PG dah jadi bubur.
4. Aku nak permudahkan…. cengini lah. Proses mengupas dan menulis literature, menggabungkan beberapa theory, developed instrument, test and refined model, test mediator, moderator, manipulate variables dll… pendek kata kajian dibuat secara independently – inilah original.
Original bukan "product" kajian tapi "process" kajian dijalankan independently !
5. Abis kalau cam tu, apa product PhD / Master?
Original adalah process.... utk menjalankan kajian independently samada refinement, modification, innovation, evaluation, development , atau integration apa sahaja – theory, method, procedure, instrument, sample etc sehingga dapat menghasilkan "advancement yang signifikan" (dari segi application, better understanding, atau advancement) dalam bidang tersebut – inilah product yg novel !
6. Jadi master / PhD adalah process persiapan utk menjadi penyelidik professional yg berupaya menjalankan kajian secara independent (original) lalu berusaha menghasilkan sesuatu yang advanced / new understanding / new extension (novel)
7. Inilah antara sebab kenapa defend (termasuk VIVA – samada close, open, formality) menjadi aturcara peringkat PhD / Master sebagai satu sesi mempertahankan kajian yang dilakukan sendiri secara independent (original) sambil menunjukkan hasil kajian dgn unsur2 advancement / contribution kepada knowledge (novel)
OT
No comments:
Post a Comment