.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Thursday, May 16, 2019
Tajuk 1343 : Apa maksud menulis kritis?
Jom blaja menulis kritis secara santai...
Apa maksud menulis kritis?
Secara sempoi, menulis kritis adalah menulis idea anda yang dikemukakan dari rujukan perbagai sumber dgn anda memberikan rasional kepada argumen dlm penulisan anda.
Tugasan:
Anda telah ditugaskan utk membuat analisis secara kritis bagi pembelian kereta Sedan untuk kegunaan sebuah syarikat. Anda berjaya meringkaskan maklumat penting dari beberapa sumber kajian kereta yang pernah mendapat anugerah spt foto.
Anda boleh sahaja pilih mana-mana kereta dan berikan rasional anda secara logik.
Sediakan satu paragraf (sekitar 150 perkataan) bagi mencadangkan pemilihan SATU model kereta yang dapat meyakinkan syarikat anda untuk membelinya.
OT
-----------------------------------------------------------------------------
Katakan saya memilih kereta TOYOTA EARO, maka inilah contoh penulisan saya:
Terdapat tiga buah kereta sedan yang telah memenangi anugerah iaitu Toyota Aero, Proton Sweet dan Honda Lux untuk dibeli sebagai kereta syarikat. Pemilihan kereta Toyota Aero yang berharga RM130,000 adalah sesuai berdasarkan harganya yang berada di antara harga Proton Sweet dan Honda Lux. Selain itu, kelebihan Toyota Aero yang tiada bayaran servis selama 3 tahun (B, 2017) membolehkan penjimatan kepada kos syarikat berbanding dengan Proton Sweet yang bergantung kepada penjimatan petrol (D, 2017) atau Honda Lux yang hanya diberikan tempuh 3 tahun jaminan injin (D, 2017). Tentunya anugerah kereta penumpang terbaik 2015 (F, 2016) menjadi satu lagi ciri pemilihan Toyota Aero kerana selari dengan imej syarikat yang sentiasa mementingkan pelanggan berbanding dengan anugerah kereta keluarga bagi Proton Sweet (F, 2017) atau kereta tercantik 2017 bagi Honda Lux (G, 2016). Akhirnya, bentuk yang ‘sporty’ bagi Toyota Aero (A,2017) menepati imej sebuah syarikat yang sentiasa aktif, tanpa perlu kemasan dalaman yang eksklusif sebagaimana kereta Honda Lux (A, 2017).
Komentar:
1. Anda yang menulis berdasarkan satu point of view anda sendiri dgn diperkuatkan oleh rujukan pelbagai
2. Gunakan sahaja perkataan anda sendiri selagi selari dgn maksud dalam rujukan.
3. Penulisan mesti ada flow dan difahami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment