Berikut adalah perbandingan silibus UK dan Msia yang aku mudahkan sambil menahan mengantuk. Aku ambil Tingkatan 1 - 3 kerana waktu inilah 'hidup dan mati' minat murid utk terus berada dalam 'aliran STEM'.
Walaupun tidak menggunakan tema Kimia, Fizik dan Biologi di Msia tetapi tajuk2 yang diajar memang melibatkan 3 disiplin tersebut, ditambah dengan 'Alam dan Angkasa'.
Aku bukan penganalisis silibus (I wish I will..) sekadar membuat bacaan umum... membandingkan silibus UK dan Msia
1. Tidak banyak berbeza tajuk-tajuk utama yang diajar.
2. Subtopik di Malaysia (rujuk DSKP) lebih banyak dari UK
3. Kedalaman tajuk yang diajar (rujuk DSKP) juga melebihi UK
4. LO juga lebih details di Msia (rujuk DSKP)
5. Adanya pelbagai elemen lain yang cuba diterapkan dalam silibus di Msia (rujuk DSKP)
Maka aku berpendapat,
a. silibus kedua-dua negara sangat mencabar murid, lebih-lebih lagi di Malaysia.
b. kandungan silibus di Msia lebih 'padat'
c. sebahagian istilah dalam sains berasal dari BI spt optik, terma, acid, planet, respirasi dll yang memberi advantage kepada murid di UK.
d. guru yang mengajar mestilah 'guru STEM' yang kompeten, menguasai content - Fizik, Kimia dan Bio, bukan sekadar 'boleh ajar sains' dgn merujuk buku teks sahaja
e. guru yang 'boleh ajar sains' akan hadapi kesukaran utk mengajar secara yang mudah ketiga2 content Kimia, Fizik dan Bio - sedang 'cikgu Bio' pun terkial-kial nak fahamkan murid bila mengajar Biologi.
f. orientasi buku teks sains yang cuba memasukkan sebanyak mungkin kandungan, sehingga padat dan tension
Ini pendapat sepintas lalu aku... sebab aku sayangkan anak-anak masa depan negara....
OT

No comments:
Post a Comment