.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1370 : Cara mendapatkn kajian novel GAP dengan HOT..



Kawinkan saja ....
Cara mendapatkn kajian novel dgn HOT

GAP
1. Aku mulakn sikit dulu dgn gap... istilah yg telah dimomokkan sebagai sesuatu yang “kurang” yang perlu "diisi" dalam kajian lepas, disinilah kekeliruan kerana research BUKAN utk dicari kekurangnnya kerana memang research selamanya tidak akan pernah perfect sebab itulah kita perlu Re.... Search !

2. Kurang cerdiklah mereka yang cari "kekurangan", lompong dan yang sewaktu dgnnya dan berusaha pulak utk mengisinya, ingat macam isi air dalam gelas ke? Ada statement spt "Kajian lepas spt.... tidak mengkaji perbezaan jantina bla..bla... maka kajian ini akan mengisi kelompongan tersebut...." adalah statement lelucun... sebab kajian lepas sesuai dgn objektifnya..... malah ada ribu raban lagi variables dan kategori yang boleh dibuat, maka kajian yang kononnya anda akan buat itupun masih terlompong. Pastu dgn tak malu mengaku pulak tak dapat buat itu dan ini kerana limitation kajian... dan dgn tak malu sekali lagi minta org lain buat for future research .... maknanya kajian anda sah kelompong !!

3. Ironi sungguh, kajian lepas mmg mantap ketika diterbitkan sesuai dgn PS dan objektif yang ingin dicapai.... sebahagiannya dibuat oleh sifu dan expert tersohor dan disemak oleh komiti dan panel expert... tiba2 dicari kekurangannya.... oleh mereka yang novis, yang penuh kekurangan.... yang belumpun buat apa2 kajian.... lagi sadis bila di ajar dlm Research Methodology.

4. Biarlah kajian lepas tersebut sebegitu, jadikan sebagai asas pemahaman utk digabungkan secara kritis supaya anda memahami perkembangan yang berlaku....dulu dan sekarang dan bersedia utk mengembangkannya lagi sebagai frontier of knowledge. Barulah cun !

HOT
5. Saya akan bincangkan bagaimana mendapatkan sesuatu yang novel dan signifikan bagi menghasilkan contribution to knowledge yang lebih mudah difahami melalui teknik Hybridization of Theories (HOT) tanpa perlu mmbaca terlebih dahulu ratusan artikal dan tanpa perlu mencari kelompongan.

6. Paling cantik jika anda ada HANDBOOK yang mengumpulkan perbincangan teori-teori dalam bidang kajian anda atau bidang yang saling berkaitan. Buku ini mestilah kupasan atau compilation teori berasaskan kajian-kajian lepas. Prosiding yang terbaharu pun boleh digunakan kerana terdapat pelbagai teori yang dikupas dalam bidang yang sama atau dalam bidang interdisiplin yang saling berkaitan. Pembacaan dari sumber ini lebih memudahkn anda memahaminya dan mendapatkan kesesuaian pelbagai teori sebelum menjalankan HOT.

7. HOT atau kacukan teori bertujuan mengembangkan knowledge sedia ada dengan menggabungkan dua atau lebih teori yang established. Samalah konsepnya dengan menggabungkan kamera, telefon dan internet untuk menghasilkan smart phone, barulah smart !

Ada empat syarat atau panduan membuat HOT iaitu:

a. Teori atau prinsip atau model yang anda nak gabungkan mestilah dalam bidang yang saling berkaitan. Sebagai contoh bidang pendidikan mempunyai cabang lain seperti psychology atau management. Ini bermakna…. apa sahaja teori dalam psikologi atau management pada dasarnya boleh dihibridkan dengan teori dalam pendidikan.

Contohnya anda boleh gabungkan teori hypnosis (psikologi) dengan teori meaningful learning (pendidikan) untuk mengetahui bagaimana hypnosis boleh accelerate meaningful learning.

b. Teori yang hendak digabungkan mestilah teori yang sudah established samada intra-discipline (teori pendidikan + teori pendidikan) mahupun inter-disciplines (teori pendidikan + teori psikologi).

Contohnya gabungan neuropshychology (brain psychology) dengan teori ZPD (teori cognitive dalam pendidikan) yang teori-teorinya melibatkan mental representation. Ini boleh membantu anda menjalankan kajian sambil hasilnya dapat kembangkan pemahaman terhadap fungsi neuro-cognitive dalam pembelajaran.

c. Terdapat unsur redundancy seperti antara teori constructivist dalam pendidikan mempunyai pertindihan dengan segmentation principle dalam cognitive teori of multimedia learning kerana teori-teori ini berasaskan pembinaan maklumat dari pre-knowledge. Teori-teorinya seperti bertindih kerana mempunyai asas yang sama iaitu pre-knowledge maka sesuai dihibridkan untuk hasilkan kajian dengan memberikan pemahaman yang lebih mendalam bagaimana keduanya membantu pencapaian pelajar.

d. Terdapat unsur extension bila dihibridkan seperti teori conceptual change dalam pendidikan merujuk kepada keupayaan mengubah pemahaman (konsep) yang mudah kepada konsep yang lebih kompleks selepas melalui sesuatu instructional strategy (intervention).

Teori ini boleh dikembangkan lagi kepada reconstruction of not only concept tetapi juga dalam masa yang sama keupayaan mengubah misconception kepada scientific conception. Hasil kajian akan lebih mantap kerana hybridization ini memberikan extended understanding kepada proses cognitive yang bukan sahaja melibatkan perubahan konsep tetapi juga perubahan dari misconception ke proper conception.

8. Lima contoh HOT yang pernah saya supervised adalah

- ARTMEDIA (Art + Multimedia)
- DBGL (Games + Meaningful Learning)
- MMM (Mind-mapping + Mnemonic)
- PPPM (Problem Posing + Teori Multimedia)
- CeRS (Arrow Pushing + Common Errors)

Kesimpulan:
Teori / model / prinsip / strategi yang sebelum ini dikaji secara berasingan kini boleh digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih mantap, komprehensif. Moga anda boleh apply dalam bidang kajian anda sendiri utk hasilkn kajian yg NOVEL dan SIGNIFIKAN - lupakan GAP !

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...