.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1368 : Cuba “haramkan” perkataan “di mana” dalam penulisan tesis anda.


Berikut 3 contoh (dari puluhan yang saya jumpa) dalam satu tulisan proposal. Saya sertakan contoh perkataan yang tidak memerlukan “di mana” kerana perkataan ini menunjukkan “tempat” atau “lokasi”.
Sukati jer nak masukkan dalam ayat yang anda tulis sampai maksudnya berbelit2.... kononnya nk naikkn maqam lah tu !


Budak PT3 pun tak buat kesalahan cenggini dalam karangan !!

1. Selaras dengan teori-teori pembelajaran DI MANA penguasaan ilmu bukan sekadar mengingati maklumat tetapi lebih mementingkan pembentukan suatu skema yang dapat memberi makna kepada kepelbagaian maklumat yang tidak berkaitan.

Teori-teori pembelajaran menekankan bukan sekadar mengingati maklumat tetapi juga penguasaan ilmu dan pembentukan suatu skema yang bermakna kepada pelajar.

2. Ia juga penting dalam hidup manusia pada zaman moden ini, DI MANA pelbagai hasilan bidang kimia dan teknologi daripada penyelidik kimia mencecah segala aspek kehidupan dan pelbagai aspek pembangunan ekonomi.

Kajian dalam bidang kimia juga menghasilkan produk yang penting dalam pelbagai aspek kehidupan moden serta berupaya menjana pembangunan ekonomi.

3.De Bono mengenalpasti lima keadaan berbeza DI MANA otak ini boleh dipekakan.

De Bono mengenalpasti lima keadaan otak boleh dipekakan apabila menerima maklumat.

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...