.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1377 : Sapa kata tak ada peperiksaan?


1. Ramai yang kaget pasal pemansuhan peperiksaan. Aku percaya KPM hanya akan mansuhkan peperiksaan setara. Peperiksaan setara adalah peperiksaan standard pertengahan dan akhir tahun peringkat sekolah (mungkin daerah juga) yang semua murid dari satu2 tahun akan mendudukinya disekolah masing2.

2. Pemansuhan peperiksaan ini akan diganti dgn PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) yang sering disebut. Ini bermakna ujian bertulis (spt format peperiksaan standard) .. diikuti dgn penilaian formative yg pelbagai tetap ada bagi menguji murid utk mengetahui tahap penguasaan mereka dgn cara yg lebih flexible.. dgn kenahiran2 yg lain juga ..bukan tertumpu semuanya hanya kpd exam n gred peperiksaan standard spt sebelumnya.

3. Ini bagi mengelakkan ppemikiran murid dan ibubapa bahawa pembelajaran hanya tertumpu utk sediakn murid menjawab exam (dgn adanya pperiksaan standard yg setara) diikuti dgn gred... tanpa ada penilaian yg lain.

4. Maknanya juga ibubapa masih boleh mengetahui perkembangan murid, cuma mungkin bukan hanya dlm bentuk gred. Soalan2 ujian bertulis ini disediakn oleh guru kelas dgn cara mereka sendiri... bukan lagi standard utk semua kelas.

5. Bila di sebut PBD, tentunya timbul persoalan - sejauh manakah guru mampu menjalankan PBD jika sistem masih dgn subjek yang banyak... menggunakan buku teks yg tebal2, curriculum mengikut standard (DSKP) yang ingin dicapai dll? Bagaimana pula bentuk intervensi / pemulihan utk murid2 yang didapati tidak dapat mengusai apa yang diajar dalam bilik darjah ?

6. Aku fikir baik jer permudahkan dari DSKP kepada 4M yang berasakan competency-based education. Tiada subjek yang khusus tetapi semuanya mengikut thema. Katakan penguasaan mengira 1-10, ajar sahaja thema ini dibawah pengiraan asas (M1) tanpa perlu diadakan subjek maths yg khusus. Kemudian menulis dan membaca (M2, M3) pula dengan thema spt mengenal huruf dalam BI dan BM. Kemudian memahami / menaakul (reasoning M4) dimasukkan dalam mana-mana thema yang sesuai.. termasuk dlm aktiviti yg dijalankn.

7. Jadi tak adalah terbeban dgn subjek yg banyak, silibus spt dalam DSKP yang rigid. Guru perlukn flexibility utk laksanakan PBD. Masa pengajaran berjalan dgn banyak aktiviti dan interaksi dgn dimasukkan nilai2 dan adab. Subjek khusus agama juga tidak ada tetapi wujud thema spt solat dan tulisan jawi yang dilakukan dgn praktis.

8. Menteri ada sebut character building (termasuk patriotism) yg aku fikir boleh saja berlaku dgn 'well trained' teachers dan persekitaran sekolah yg juga berkarakter... tanpa perlupun subjek spt sivik. Klu bulan Ogos umpamanya.. semua aktiviti pengajaran thema2 dgn 4M menjurus kpd patriotism... ada masalah ?

9. Jgn takut... KBAT masih ada.. malah PAK21 lebih ketara dgn PBD. KPM cuma perlu bincang secara dalaman betul2 ... panggil semua bahagian.. BBT... BPK.. dll tu dan bukan bincang dgn pakar yg entah apa kepakarannya. Malah ada yg mungkin DSKP pun tak pernah tengok !

10. Klu lah panggil perlaksana spt guru utk bbincang hanya utk beri arahan 'you are here not to change anything...' sambil mbetulkn blazer mahal atau tudung berswarovski... mcm lah guru ini xtahu apa2 ... baik tak payah. Klu masih ada perasaan aku di atas ni lebih hebat dari guru disekolah yg layaknya hanya utk ikut arahan kena buat itu dan ini ... eloklah betulkn mantaliti tersebut... tak cecuai dah utk dunia pendidikan abad 21...yg dilaung2kan sendiri oleh KPM.

OT - aku plak yg ulas... cikgu relex jer...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...