.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1335 : Cara baca artikel..


Saya baca artikel A... nak petik satu para yang dalamnya ada artikel B, C dan D. So nak cite macam mana?

Kalau satu paragraf ada beberapa lagi citation dalamnya secara bergabung, ia berbentuk idea yang dikongsi bersama.


1. Kalau anda baca satu paragraf dalam A, dan faham idea yang A tulis (gabungan idea B, C dan D), lalu anda terjemahkan dalam pemahaman anda akan idea tersebut, anda cite A sahaja sebab anda hanya baca A.

2. Kalau anda baca A, dan cuba memahami paragraf tersebut dgn membuat review juga kepada artikel B, maka anda spt membaca dua artikel utk memahaminya, sebelum anda rephrase, maka anda bolehlah cite A dan B.

3. Kalau anda membaca satu paragraf dalam A dan memahaminya tetapi anda juga membuat review artikel B atau C atau D, tetapi ketiga-tida artikel B, C dan D tidak lah membantu pemahaman anda, maka cite sahaja A.

4. Jika anda satu paragraf dalam A, tetapi anda tidak faham idea yang ditulis oleh A, kemudian anda merujuk pula C dan memahami idea yang disampaikan, maka cite sahaja C.

5. Kalau anda baca satu paragraf dalam A dan memahaminya, then anda rajin plak nak baca B, C dan D dan mendapati idea B, C dan D sama sahaja, sukati andalah nak cite A sahaja atau A dgn mana2 artikel B, C dan D, utamakan artikel dari jurnal terbaik, tak yah lah cite semua, buat semak je.

6. Kalau anda baca keseluruhan artikel A dan captured idea utama dalam A, wpun dalam A tu ada 15 citation, anda cite A sahaja.

7. Kalau anda baca keseluruhan artikel A dan captured idea utama dalam A, tetapi ada beberapa citation yang 'power' dgn dapatan kajiannya yang berkait lansung dgn idea kajian anda, snowball beberapa artikel tersebut dan baca sebagai rujukan yang independent untuk menguatkan penulisan anda. Cite lah ikut 1-6 di atas.

8. Kalau anda baca satu para dalam A dan tak faham, then baca B, C dan D pun tak faham idea yang disampaikan, jangan cite mana-mana, cari artikel lain yang anda faham. Ada faham?

Kesimpulan:
- cite apa yang anda baca dan faham
- cite apa yang anda perlu baca utk lebih faham...
- kalau nak baca semua artikel dlm citation dalam setiap paragraf yang anda baca sebelum anda cite, sampai kiamat pun tak abis... sebab setiap artikel tu pulak akan ada citation masing2...

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...