.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1407 : Pendidikan dari kaca mata murid 7 tahun..



Wahai cikgu dan uncle pakai blazer...

9. Saya baru 7 tahun. Kurangkan buku dan subjek.. penat hari2 pikul beg.. then tengok jadual tukar buku.. cemuih. Cikgu berceritalah kepada saya sesuatu yang ada maths, sains, agama, dan pemahaman didalamnya, tak yahlah sampai nak bawa 5 buku ... takkan itupun cikgu xtahu...

8. Cikgu observe saya… kelemahan dan kelebihan saya… then sama2 kita baiki.. jgn cikgu membeza2kan saya dgn rakan2 saya..


7. Jgn lah cikgu asyik bagi tahu apa saya perlu tahu… cikgu libatkan saya dan rakan2 saya dalam pelajaran tersebut.. tahu lah saya..

6. Saya tak mahu homework setiap hari. Cikgu cubalah habisknnlah apa yang nak diajar disekolah.

5. Janganlah ajar saya setakat “APA” sesuatu perkara berlaku …. bagilah peluang saya dan kawan2 saya berbincang “KENAPA” dan “BAGAIMANA” … dan jgn marah kalau saya dan rakan2 saya buat silap... sbb dari kesilapanlah saya blaja.

4. Saya dan kawan2 saya baru nak masuk 8 tahun. Ajarlah kami dengan santai… sambil kami berseronok dan bermain... macam cikgu dulu ketika seusia dgn kami.. takkn cikgu dah lupa.

3. Tentulah boring asyik duduk dalam kelas. Banyakkan aktiviti... btk hands on... model2... biar saya dan rakan2 saya bergerak... barulah xboring. Cikgu xboring ke ajar dgn bercakap je?

2. Walaupun saya masih kecil, saya tahu guna komputer. Izinkan saya dan rakan2 saya guna komputer sekolah utk tahu lagi apa yang cikgu ajar dalam kelas..

1. Jgnlah nilai saya dan kawan2 saya dgn ujian. Buatlah laporan ringkas dan berbincang dgn mak dan ayah. Jika saya lemah, berilah lebih perhatian kepada saya. Kalau saya pandai... biar saya bantu kawan2 saya yang lain.

0. Jgnlah paksa diri cikgu nk saya capai KBAT dgn buat soalan pelik2 sbb tak tercapai lagi aqal saya ni nk fikir soalan pelik2 mcm tu... mak saya yg sdg buat PhD pun xleh jawab

-1. Tak boleh ke cikgu dan uncle2 yg pakai blazer tu fikir apa yg saya fikir..... sdg semuapun pernah jadi budak2 mcm saya... lainlah saya.... belum pun baligh..

-2. InsyaAllah… saya sayang cikgu, sekolah dan apa yang cikgu ajar… dan saya berjanji akan jadi insan baik dunia dan akhirat...tapi berfikirkan cara saya bfikir sbb saya yg ingin dibentuk bukan cikgu atau uncle yg pakai blazer..

Ampun dan maaf...
NINE


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...