.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1424 : Ramai lagi ke yg giler citation !


"Dr OT, baru2 ni ada sorang penceramah ni cakap, statement yang bukan kita punya kena buat citation. Cth yg dia bagi adalah: Kangaroo hanya ada di Australia (author, 2010).."

Ini mungkin satu lagi amalan klise turun menurun... asal baca mana2 sumber…. terus buat citation… ini namanyer giler citation. Meh fahami tujuan citation dan kategorinya...


Pertama:
Strong / Specific statement:

Bila menulis sesuatu berbentuk scholar… anda dipertanggungjawab dgn apa yang anda tulis. Pernyataan yang ada maklumat yang specific spt data statistik atau pernyataan “lebih, sangat, banyak, sedikit, kurang, meningkat, menurun” yang menggambarkan sesuatu yang ada nilai atau quantity.. anda mesti sertakan citation.

Contoh:
1. Kajian animasi dalam pendidikan sains menunjukkan terdapat peningkatan minat pelajar untuk mempelajari sains (Author1, 2005; Author2, 2006).

2. Author (2004) dalam kajiannya merumuskan bahawa hampir 20% perokok tegar didapati membelanjakan 30 – 40 % pendapatan untuk membeli rokok dalam satu bulan.

Kedua:
Soft / General Statement:

Pernyataan umum adalah pernyataan yang telah diketahui oleh org awam atau pernyataan yang melibatkan pengetahuan yang mudah yang boleh di common sense (termasuk nenek aku) wpun mungkin juga mengandungi sesuatu yang specific.

Contoh:
Kekurangan bekalan tepung telah meningkatkan permintaan sehingga harga tepung meningkat dipasaran.

Statement di atas telah menjadi pengetahuan umum wpun anda baca dari journal..

Ingat…. Statement yang berbentuk umum wpun anda membacanya dari buku omputih yang tebal... internet, journal ... yg ketahui umum.. statement tersebut tidak perlukan citation.

Contoh:
1.Behavioural finance is known as a study of the influence of psychology on the behaviour of financial practitioners and the subsequent effect on markets.

2.By writing the literature review, the researcher will be exposed to the overall aspects of the research involved and this can allow the students to discover the novelty in a more comprehensive manner.

3. Kenaikan harga petrol akan memberi kesan kepada kenaikan barangan keperluan pengguna yang lain.

Buku umum.
Ramai pelajar yang baru memahami sesuatu dari pembacaan bahan / sumber umum. Katalah anda membaca buku umum lalu anda pun faham dan menulis dlm tesis sbg:

1. Cluster sampling is a sampling technique often used in social science research (Creswell, 2010)

2. Instrumen yang baik perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (Chua, 2009)

Kedua-dua contoh TIDAK memerlukan citation..... kerana maklumat di atas adalah maklumat yg mjadi fakta umum yg boleh di fahami dan di jumpa atau dibaca dalam ribuan buku2 teks yg lain…. bukan idea statement ini milik Crewell dan Chua... jadi jgn giler citation...

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...