.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1417 : SV bukan hanya cap mohor !


"Assalammualaikum Dr, Apa khabar? Sebelum ni saya pernah mesej Dr berkenaan dengan saya kena dismiss. Masa saya kena dismiss tu saya compile kan sume chapter then minta supervisor saya review. Dia tak nak tengok sebab katanya tak meet PhD standard. After 8 year, dia cakap PhD saya tak meet standard. Dan jawapan tu sangat menyakitkan.."

Sedikit komentar dari mesej di atas.. utk peringatan diri aku sendiri juga...


1. Mesej di atas sebenarnya sangat panjang, aku hanya ambil permulaan dan akhirnya sahaja, maknanya aku tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku.

2. Aku komen secara umum sahaja, mudah2an ada kebaikan utk semua.

3. Kes di atas adalah kes SV yang hanya ingin menjadi penilai, pengkritik dan tidak banyak membantu, menyerahkan semuanya kepada PG. Maka tidak sesuai dipanggil supervisor at the first place.

4. Menyatakan proposal PG sendiri sebagai tidak sampai maqam.. selepas 8 tahun, bermakna SV tersebut menyatakan dirinya sendiri juga tidak sampai maqam utk menyelia PG menghasilkan proposal mengikut maqam yang dikehendaki... sdg PG telah berusaha utk meningkatkn qualiti proposal...

5. Ramai SV yang bernasib baik, mendapat PG yang 'bekerja keras' siang malam lalu kajiannya mencapai maqam yang dia perlukan, tetapi pencapaian 'maqam' tersebut bukan dari bimbingan dia sendiri. Dia hanya menunggu utk membuat penilaian.

6. Ramai juga SV mendabik dada menunjukkan senarai panjang PG yang dah berjaya 'kononnya' dia yang supervised, sedang semua PG tersebut mengelelong mendapat bantuan pelbagai pihak lain, hadiri berbagai bengkel, berbincangan dgn senior dari pelbagai universiti... lalu menerbitkan pelbagai artikel... dan SV lebih berfungsi sebagai 'cap mohor'...

7. Tentunya kisah #6. di atas sering sampai kepada aku, sebab PG tersebut yang dah pun graduated datang semula menceritakan kisah dia dan kawan2 senior dan junior yang melalui proses yang sama....

Self-reflection...

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...