.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1376 : Kaitkan proposal dgn gap ?



Aku sayang kamu...tapi ada GAP antara kita ? Aku abadikan perasaan ini dalam sebuah NOVEL cinta...

Pertama:
Saya terima mesej (rujuk status semalam) sorang calon HLP yg terkedu bila dikatakan proposalnya tiada GAP. Kegilaan gap ini suatu yang sangat menyentuh minda aku sejak dulu.

Bertanya 'Mana research gap?" dalam satu even sepenting temuduga adalah perbuatan yang sgt tidak wajar. Untuk apa?

Kedua:
Saya dgn ini nak minta penal2 temuduga supaya jelaskan dahulu maksud 'research gap' sehingga boleh difahami dan buktikan ia satu kewajipan malah kemestian yang perlu ada dan bagaimana ia perlu dipersembahkan dalam mana2 proposal seperti mana keperluan utk menyatakan masalah kajian, kaedah dan analisis yang dicadangkan. Jgn bercakap atas angin kemudian merendahkan mereka yang 'gagal menunjukkan gap'.

Note: Kalau anak saya ditanya soalan itu, saya akan berdepan dengan panel tersebut dan minta dia jelaskan kepada saya selepas temuduga. Panel hanya jalankan tjawab sedang budget HLP adalah duit rakyat, bukan duit ahli panel sehingga bertanya soalan yang dia sendiri mungkin tak faham.

Ketiga:
Bukalah ResearchGate dan baca perbincangan tentang GAP... semuanya berbahas menjela2 tanpa satupun bagi maksud yang disepakati. Kenapa? Kerana gap adalah elemen yang cuba diada2kan sedang yang patut dibincang adalah novelty, bukan gap. Ada 37 jawapan dan beratus recommendation dalam forum ResearchGate yang berpusing2 tentang maksud research gap. Ini perbincangan dikalangan scholar, bukan cikgu sekolah yang nak minta biasiswa HLP. Mereka sesama merekapun pening.

Keempat:
Novelty adalah satu elemen dalam research yang membawa kepada contribution to knowledge seperti
1. membina / revised satu instrument
2. menguji model fiteness
3. meneroka tema2 dalam satu fenomena (kualitatif)
4. menghasilkan satu prototype / model / modul
5. menguji satu teori dalam kontek / sampel berbeza
6. mengulangi satu strategi dgn method berbeza
7. menguji gabungan beberapa teori
8. menghasilkan algorithm
9. menghasilkn simulasi / animation / pilot plan
10. mengupas manuskrip (kualitatif)
11. menguji keberkesanan satu intervensi
12. Tambah sendirilah.....

Kelima:
Ada yang kata #5 di atas misalnya bukan gap. Memanglah sebab novelty adalah novelty.. gap is out of question. Katalah PG (PhD) ingin menguji multimedia learning theory (MLT) oleh sifu Richard R. Mayer yang dijalankan kepada pelajar menengah utk diuji pula kepada murid Dyslexia, misalnya.
PG tersebut mesti .....

a. menguasai dahulu MLT
b. mengupas semua dapatan MLT terdahulu
c. menguasai teori psychology, pembelajaran serta neurology-based instruction anak2 Dyslexia
d. membina instrument dengan menyesuaikan MLT dgn aspek neurology-based instruction utk anak2 Dyslexia
e. melakukan validation demi validation
f. keperluan aspek observation kepada mereka anak2 Dyxlexia
g. menjustifikasikan mixed-methods
i. memilih prosidur kajian yang sesuai
j. menentukan analisis yang berkaitan

Kesimpulan:
Tentu sahaja apa yang dilakukan di atas dari a. - j bukan kerja mudah.. memerlukan pembacaan yang mendalam dan kritis dan seterusnya menjalankan kajian yang NOVEL. Dapatan kajian akan memberi satu insight kepada aplikasi MLT yang digabungkan dgn neurology-based instruction anak2 Dyxlexia utk menyumbang kepada knowledge.

Jadi apa KEPERLUAN nak kaitkan proposal dgn gap ? Utk apa? Utk perangkap atau serkap jarang ?

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...