.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1408 : Pendidikan rendah - peluh menguyur, hasilnya kabur


Malam ni aku mengajar Nine sebab next week peksa. Mak dia dah bising sebab aku macam buat dek je. Nine ambil 14 subjek semuanya, yang kalau Einstein tahu.. sure dia tersipu malu. Sambil dia menghafal subjek feqah... jom baca status aku ini...

1. Ingat lagi foto dalam akhbar murid2 memegang plakad kerana dapat straight As dgn cikgu dan Guru Besar tersengeh-sengeh? Pernah aku pergi satu sekolah yang gantung banner "You are the CHAMPION" dgn gambar anak2 yang dapat straight As, mengeliling gambar pengetua ditengah2. Menyirap darah aku. Aku tak faham, bagaimana pihak sekolah boleh berfikiran sedemikian, bangga meraikan segelintir anak2 sedang dihadapan mata mereka jauh lebih ramai murid2 yang terkapai2 menunggu saat dselamatkn.


2. Semua ini blaku bila keputusan UPSR, PT3 malah SPM diumumkan, sedang sekitar 1-2 % berjaya mendapat straight As dengan sekitar 70% mempunyai hanya penguasaan minimum dgn gred E atau lebih rendah !

3. Anak2 sekolah rendah khususnya Tahap 1 belom mampu berfikir abstrak. Mereka hanya terima bulat2 apa sahaja yang diajar. Mereka xmampu melihat sesuatu yg jauh.. Kita sibuk dgn ‘4x3 tak sama 3x4’ atau mana satu ‘tempat nilai’ dan ‘tempat digit’ atau ‘ayat tersirat ‘ dan ‘ayat tersurat’ 'diftong' 'bundar' 'hipotesis' 'inferens' dan sibuk sungguh dgn soalan berbelit2 yang kononnya KBAT… tanpa menyedari anak2 sepatutnya suka belajar bukan meratap.

4. Ibubapa aku tak nak komen, sebab mereka stake holder yang ikut sahaja. Aku sekadar menulis pendapat aku... kerana aku tahu anak-anak majoritinya punyai curiousty yang tinggi tapi terbantut oleh subjek yang banyak, kerja rumah yang melambak dan ujian demi ujian utk menggapai gred idaman wpun sering tak kesampaian.

5. Soalan basik - Apa sebenarnya yang kita ingin capai? Kita gagal menyediakan asas pendidikan yang kukuh. Ini bukan telahan… ini perangkaan. Kita berada di kuartil terbawah diperingkat antarabangsa. Ini juga bukan telahan… ini perangkaan.

a. Kita jauh ketinggalan dari aspek nilai berbanding Jepun yang dulunya hancur berperang.

b. Kita juga tewas dgn Finland dari aspek akademik, sistem sekolah dgn play-based curriculum yang hampir tiada homework dan peperiksaan hingga anak-anak berumur 10 tahun, menjadikan sekolah syurga anak2 bermain, berkolaboratif, berfikir kreatif dan bersedia meneruskan pendidikan ketahap menengah yang lebih kompetitif.

6. Aku tak akan berhenti menulis sehingga kudrat ini semakin menipis. Walaupun semua pihak telah berusaha kuat... tetapi kelihatannya spt menjaring angin… peluh menguyur hasilnya masih kabur... pukat dah berlabuh, ikan tak jua dapat dari malam sehingga subuh.

7. Bilalah nk pandai dan belajar dari kelemahan semalam...

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...