.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1365 : Rujuk 'expert' tak semestinya applicable.. dan usable..


1. Semalam aku mencelah dlm satu talk kawan2 yang balik dari Finland. Spt yang aku sebut selama ini, sistem di sana bottom up. Guru-guru terbaik dgn master degree mengajar dari kindy sampai upper secondary. Disana tiada kluster, tiada sekolah asrama, tiada sekolah berprestasi tinggi wpun hidung mereka semua tinggi2.

2. Budaya tiada examination jika dibanding dgn Msia ibarat hitam dan putih, sgt berbeza. Ini menjadikan mereka sejak puluhan tahun lamanya membentuk budaya mendapatkan dan mengumpulkan ilmu BUKAN As.


3. Bagi mereka, guru adalah experts. Guru mereka terlatih. Bagi kita, experts diambil dari luar sistem malah bsandar kpd mereka secara khusus dlm mberi idea dan merancang sesuatu.

4. Pendidikan bukan spt bola sepak atau gymnastic.. yg mmerlukan expert yg telah melalui zaman kegemilangan mjadi atlet... utk melatih atlet baru yg TALENTED dan SELECTED sahaja. Inilah fahaman di Msia yang membawa sistem pendidikan pi mai pi mai tang tu jugak. Lihat sahaja buku teks, bukan semakin dipemudahkan, tetapi semakin padat dan semak sampai Bilik Sains dan Makmal Sains pun tak tahu nak bezakan.

5. Pendidikan utk mendidik rakyat.. berbagai SES... dari yg dilahirkn retarded, dyslexia, autism ... LD... hingga yg genius spt Adi Putra dan Amalina...

5. Experts dlm suatu subject akn mdapati apa shj dlm bidangnya spt 'kacang putih'.. termasuk expert yg xpernahpun berada dlm sistempun... malah tak kenal apa itu pre-operational stage... tak tahu apa itu ZPD juga diminta terlibat.

6. Lebih malang lagi bila bukan experts pun turut dilibatkan hanya kerana 'pangkat dan posisi' yang DSKP pun mungkin mereka tak tahu.

7. Tambah dramatik lagi ... 'orang luar' ini pula dipanggil superhero - OMG

Jadi ?

8. Pendidikan adakah sistem nasional.. yg merangkumi semua anak2... tak kira latar belakang. Anak2 org berada... cakap omputih dan byk advantages berada dlm situasi selesa xkira apapun dasar pendidikan... sama spt Christiano Ronaldo... yg boleh main dgn pasukan bolasepak mana sekalipun dan terus excel.

9. Pendidikan adalah sistem... dgn satu eco-system yg intergrated.. ia bukan isolated... bukan hanya isu PAK21, isu KBAT.. isu As...isu pengajaran... tetapi satu sistem yg mlibatkn pembangunan generasi Malaysia bermula dari tadika ...

10. Jadi, FInland telah jauh kehadapan, budaya mereka dah jauh berbeza, pelajar cemerlang akan membantu yang kurang, sedang kita terus terusan membina jurang !

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...