.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1355 : Berkongsi skit pasal IP dan kajian PG..




1. IP adalah intellectual property yang melindungi hak anda spt frasa, acronym, logo, image / picture, kerja kreatif, musik, inovation, idea, product.

2. Kalau aku sebagai contohlah.... frasa "Tulis Tesis Cepat" telahpun mendapat copyright melalui akta penerbitan dgn terbitnya buku aku "Tulis Tesis Cepat". Sementara itu, akronim yang datang dari idea aku spt ZDOT, ROT, AROT dll tu telahpun dipohon IP melalui MyIPO.

3. MyIPO telah menggariskan bebrapa syarat utk mendapatkan samada PATENT atau COPYRIGHT. Secara umum, paten adalah satu INVENTION (tentunya suatu yang baru terutamanya produk) sementara copyrights merujuk kepada penghasilan IDEA yang novel dan kreatif.

3. Aku dah hasilkan 'produk' dalam bentuk perisian dan apps idea kreatif aku menggunakan teknology sedia ada - flash lite dan Unity dalam platform android. Maka ia tak sampai lagi tahap utk dipatenkan.

4, Foto adalah aku dan Dr Azraai (ketika itu angel PhD aku) pada 2014, yang dipanggil oleh RMC UPM utk interview produk courseware OCRA (Organic Chemistry Reaction Mechanism). Oleh kerana OCRA mengunakan flash lite.. maka hanya idea sahaja yang novel, tiada masalah utk RMC dapatkan copyright dari MyIPO bagi pihak aku. Aku selepas itu mendapat surat dari MyIPO dan nombor copyright OCRA.

5. Sekarang makin mudah. Anda sendiri boleh memohon untuk mendapatkan IP melalui MyIPO dgn segala borang disediakan online. Bagi hasil penyelidikan PG, boleh sahaja 'idea' dalam tesis tersebut mendapat copyright, kecuali memang anda menghasilkan innovation (baru) yang boleh menyelesaikan masalah, dan berpotensi pulak untuk dikomersialkan, maka layak memohon paten (bayaran permohonan jauh lebih mahal berbanding copyright).

6. Bagi PG. bidang social science.. anda boleh sahaja memohon untuk copyright idea anda dalam bentuk instrument yang anda bina, model yang anda hasilkan, product creative pengajaran misalnya. Selepas permohonan lengkap, anda akan diberikan nombor rujukan dahulu, sehingga pihak MyIPO membuat semakan (melalui senarai copyright sedia ada) utk sahkan idea tersebut novel dan belum ada copyright oleh pihak laiin.

7. Sayugia dinyatakan bahawa, 12 IP yang aku sebutkan dalam status adalah 12 'permohonan' utk dapat copyright (5 idea aku dan 7 idea angle aku). Setelah memohon, anda akan diberikan nombor rujukan, sementara MyIPO buat semakan. Nombor rujukan inipun dah boleh jadi sandaran jika memasuki pertandingan.

8. Contohnya adalah instrumen dan courseware multimedia yang terhasil dalam tesis angel aku. Salah satunya adalah instrument STEMTIPS dan courseware multimedia PROPOSE-M. Dua-dua nama inipun belum pernah wujud, maka tiada masalah untuk mendapat copyright.

9. Bila aku galakkan angels aku menyertai pemeran cum pertandingan, maka sekurang2nya product tersebut telahpun ada nombor rujukan permohonan copyright, diikuti dgn penerbitan, maka peluang utk dapat medal adalah cerah.

10. Nasihat aku, pergilah ke laman web MyIPO dan baca lebih lanjut. Sayang klu anda ada produk spt instrumen yang anda bina tetapi tidak memohon copyright. Kalau instrument anda adopted dan adapted... tak mainlah !

Kalau nak tanya, boleh je bagi respon.... nanti adalah angel-angel aku akan jawab.. mana-mana yang boleh  sebab aku dah tag 4 angels aku...

OT
Macau


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...