.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, May 17, 2019

Tajuk 1431 : STEM.. di manakah STEM?


Aku ini slow skit. Maafkan aku atas kelembapan aku...

1. Bila baca pasal STEM mesti dikaitkan Abad 21 supaya lahirnya generasi berteknologi dan innovation. Ini macam ayat thesis.


2. Kemudian dikaitkan bahawa STEM perlu bermula disekolah rendah. Tapi aku tengok sekolah rendah macam tu jer, makmal sains pun tak ada apa lagi makmal STEM.

3. Pengiraan maths sekolah rendah misalnya klu dulu hanya bentuk lazim, mak ayah yang motong getah pun senyum jer nak ajar anak... sekarang ada berbagai bentuk pengiraan, mak ayah yang buat PhD google pun tak jumpa jawapan. Adakah itu kerana STEM?

4. STEM dikaitkan dgn 4C - Collaboration, Creative, Critical dan Communication. Yang aku nampak, cikgu2 yang bertungkus lumus dgn 4C ni, bukan murid.

5. STEM juga dikaitkan dgn HOT. Nak faham STEM mesti kena faham yang asas. Mana LOT?

6. STEM adalah integrasi subject yang 4 tu. Masa bila pulak ini berlaku? Kalau dalam sains persembahan data dgn graf dan carta dinamakan 'Berkomunikasi" tetapi dalam Maths benda yang sama dinamakan 'Pengurusan Data'... kat mana plak berintegrasinya?

7. STEM dan KBAT perlu seiring... macam Hail Amir dan Uji Rashid. KBAT bukan sebarang KBAT, ini KBAT mesti ikut skema !

8. STEM dikaitkan dengan minat mempelajari STEM subjek. Jap.... minat sapa?

Selamat bersahur...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...